Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mendedahkan nama anak sulungnya, Ana Nayla Ahmad Nabil yang dilahirkan pada 21 September lalu diambil bersempena dengan nama ibu dan mertua.

Isteri kepada Nabil Mahir ini menambah, ‘Nayla’ juga memberi maksud berjaya.

“Kami sepakat gabungkan nama ibu, iaitu Rohana (ibu Ayda) dan Diana (ibu Nabil) yang mana keduanya-duanya berakhir dengan ‘Ana’.

“Sementara Nayla (Nailah) bermaksud ‘berjaya’ atau ‘achiever’,” katanya.

Menyifatkan kehadiran permata hati sulung sebagai pelengkap keluarga, Ayda mengakui dia kini sedang belajar untuk menguruskan anak dengan baik.

Ads

“Satu pengalaman terindah, yang tidak akan boleh saya beli di mana-mana. Kami bersyukur kerana kehadiran Ana Nayla sudah tentu memberikan seri dalam keluarga kami.

“Apa pun baik saya dan Nabil, kami masing-masing masih belajar dalam hal menjaga anak kecil dengan betul. Iyalah baru seminggu. Malah Nabil terutamanya banyak membantu, sampai tak cukup tidur.

Ads

“Alhamdulillah setakat ini semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ayda Jebat Kongsi Maksud Indah Di Balik Nama Anak Sulung, Ana Nayla Ayda Jebat Kongsi Maksud Indah Di Balik Nama Anak Sulung, Ana Nayla Ayda Jebat Kongsi Maksud Indah Di Balik Nama Anak Sulung, Ana Nayla Ayda Jebat Kongsi Maksud Indah Di Balik Nama Anak Sulung, Ana Nayla

Ads

Sementara itu, akaun Instagram Ana Nayla sudah pun mempunyai lebih 70, 000 pengikut.

“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kami memang sudah rancang untuk membuka akaun tersebut kerana di situlah medium arkib foto untuknya.

“Pada masa sama, kami juga mahu berkongsi kegembiraan dan perkembangannya buat keluaega dan peminat. InsyaAllah doakan anak kami membesar sebagai anak solehah,” katanya.

Ayda Jebat Kongsi Maksud Indah Di Balik Nama Anak Sulung, Ana Nayla Ayda Jebat Kongsi Maksud Indah Di Balik Nama Anak Sulung, Ana Nayla

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI