Komposer, Sharon Paul mendedahkan rumah tangganya bersama pengarah dan pelakon, Rusdi Ramli sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu.
Malah Sharon percaya perceraian adalah jalan terbaik. Sekiranya Rusdi memberikan lampu hijau, dia bersedia untuk melalui kehidupan solo kerana tidak sanggup untuk menanggung masalah itu.
“Kami sudah lama tidak sehaluan untuk tempoh yang panjang. Kalau anda perasan kebanyakan acara hiburan yang saya hadiri dia tidak pernah berada di sisi saya.
“Malah ketika berita mengenai rumah tangga saya ini didedahkan, ramai juga yang tak tahu kami adalah pasangan suami isteri. Ia agak menyedihkan dan kalau nak diikutkan saya ini dah lama ‘solo’.
“Jika bercerai adalah jalan keluar untuk segala masalah ini, saya sudah tidak akan pertahankannya. Di rumah pun kami hanya berkomunikasi mengenai anak-anak saja.
“Walaupun kami masih tinggal sebumbung tapi masing-masing meneruskan kehidupan di ruang yang berbeza,” katanya.
Sharon bagaimanapun berkata, dia juga tiada masa untuk memikirkan soal hati dan perasaannya kerana terlalu sibuk dengan kerja.
“Kehidupan saya terlalu sibuk sekarang ini sehingga saya tiada masa nak memikirkan perasaan sendiri.
“Februari tahun depan saya bakal mengadakan konsert, jadi banyak urusan serta perancangan yang perlu saya siapkan segera.
“Jadi, tak mampu saya nak hadap masalah ini semata-mata, biarlah masa menentukan segalanya,” katanya lagi.
Rusdi, 53, dan Sharon, 46, berkahwin pada 2008. Mereka dikurniakan dua cahaya mata Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11.
Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak lelaki, Efiezal Ridza, 33.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI