Setiap pasangan pastinya mempunyai ‘love language’ atau bahasa cinta mereka tersendiri dalam menzahirkan perasaan sayang terhadap satu sama lain.
Bakal pengantin baharu, penyanyi Aizat Amdan dan bakal isteri, Elyssa Alia Ilias, 34, juga mempunyai bahasa cinta mereka tersendiri yang boleh dikatakan agak unik.
Secara berseloroh, Elyssa berkata pertambahan berat badan Aizat, 33, mungkin disebabkan aktiviti ‘dating’ mereka yang sering melibatkan makanan.
“Kami suka makan, itu love language kami! Kalau ada orang tegur Aizat semakin sihat, secara jujurnya, ia adalah disebabkan saya,” kongsi Elyssa kepada MH.
Elyssa yang juga merupakan pengurus peribadi Aizat ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu penyanyi itu, Hanya Kita Dua yang diadakan di pejabat Indigital Music, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menariknya, Hanya Kita Dua merupakan lagu dedikasi khas Aizat buat bakal suri hatinya itu. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan bersama Aizat dan komposer Mel Ramlan.
Ads
Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, Elyssa berkata mereka bertemu buat pertama kali ketika diberi tugasan untuk menemubual Aizat ketika dia berkhidmat di sebuah stesen radio beberapa tahun lalu.
“Terus terang saya tidak mengenali siapa Aizat Amdan, waktu first time saya nak interview Aizat, saya ‘googled’ dia.
Ads
“Bila dah interview, setahun kami tak bercakap, kemudian dia ada lagu baru, dia datang balik ke tempat kerja saya (untuk tujuan promosi lagu).
“Daripada situ kami berborak dan kebetulan kami menetap di kawasan kejiranan sama.
Ads
“Sejak daripada situ, kami tak pernah makan seorang… setiap malam kami akan keluar dinner,” kongsi Elyssa yang berkata dia tertarik dengan keperibadian Aizat yang disifatkan seorang lelaki yang baik.
Pada Rabu lalu, Aizat mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan bakal suri hatinya kepada pihak media.
Majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Selangor pada 14 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aizat, Elyssa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy semakin gemar berkongsi perkembangan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf bersama pengikut di akaun Instagram.
Menerusi entri terkini Elfira memaklumkan bahawa dia sebolehnya mahu mendidik si permata hati untuk makan sendiri meski baru berusia 6 bulan.
Selain itu, pelakon berusia 26 tahun itu berdoa agar anaknya menjadi seorang anak yang bijak dan soleh.
“Everyday is like a new adventure with @muhamadrayyankhalafofficial now . baru ajar dia makan betul betul sekarang dah nak kena train makan sendiri pulak and you’re just 6months old!
“Its okay rayyan boi mommy willing to kemas your mess everyday as long as rayyan jadi budak pandai anak soleh okay.pillow from @flybyfly_malaysia . Yang tang beanie rayyan tu pun its from them okay.,” tulisnya.
Di samping itu, rata- rata peminat memuji wajah anak Elfira yang kelihatan semakin comel dan kian membesar.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober lalu.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir 30 tahun berada dalam industri seni, niat untuk menyanyikan lagu bergenre ketuhanan akhirnya tercapai buat vokalis kumpulan Umbrella, Zarul.
Tampil dengan single Syuhud Qalbu nyanyian bersama ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 49, berkata dia tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuan untuk kolaborasi tersebut.
“Memang sejak dahulu lagi saya mengimpikan sebuah karya berbentuk kerohanian bersempena dengan bulan Ramadan.Dah lama sangat saya teringin sebenarnya.
“Setiap hari saya berdoa kepada Allah agar diberi rezeki yang tidak disangka-sangka dan Allah maha mendengar doa hambaNya.
“Akhirnya saya dihubungi Fitri Haris yang mengajak saya untuk berdeut dalam sebuah lagu dengannya,” katannya.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka itu berharap Syuhud Qalbu bukanlah lagu kerohanian pertama dan terakhir yang dinyanyikannya, sebaliknya berharap akan mendapat lebih banyak tawaran untuk menyanyikan lagu-lagu bergenre sedemikian.
“Saya fikir bila kita keluarkan lagu cinta sahaja, kita tukar lagu itu kepada cinta kepada Allah.
“Saya juga berharap selepas Syuhud Qalbu saya akan dapat lagi peluang untuk menyanyikan lagi lagu-lagu bergenre kerohanian selepas ini,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Zarul memulakan karier seni sebagai vokalis kumpulan Umbrella pada tahun 1994 sebelum ‘berehat’ sebentar selepas bergelar pramugara Malaysia Airline System (MAS).
Pada tahun 2016, Zarul kembali membuat ‘comeback’ menerusi program nyanyian Gegar Vaganza dan dia berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di saat warga New Zealand berkabung menghormati kematian 50 mangsa tragedi 15 Mac, di Syria, seorang wanita meraikan Hari Ibu dengan kematian empat anaknya dibedil jet pejuang.
Menerusi laman Instagram Heliza Helmi, difahamkan kejadian berlaku di Idlib beberapa jam lepas.
“Sebentar tadi
Hari Ibu diraikan di Syria pada 21 March disambut dengan ‘Sinks and Pain’ apabila jet pejuang membunuh 4 kanak-kanak dan meninggalkan ibu mereka keseorangan dalam kesedihan luar jangka melihat mayat anak-anaknya hancur.
“Kejadian ini berlaku di bandar Idlib 5 jam lepas. Hasbunallah waniqmal wakil,” kongsinya daripada Dr. Sani Araby Al Kahery, Ketua Misi Bantuan Kemanusian RescueSyria (MAPIM Malaysia).
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...