“Kami Tak Buat Anak,” – Bercuti Sama Suami Di Phuket, Netizen Siap Gurau Macam-Macam Dengan Feeya Iskandar!

Share

Gara-gara foto percutiannya bersama suami di Phuket menerima ratusan ucapan tahniah atas bayangan mereka bakal menerima cahaya mata ketiga, penyampai radio Feeya Iskandar menegaskan dia dan suami hanya ingin meluangkan masa bersama dan bukan untuk ‘membuat anak’.

Malah ibu kepada dua anak ini turut memohon agar netizen tidak lagi memberi ucapan tahniah di ruang komen.

“#kamixbuatanak

#kamipergibercutijer. Stoplah dok ucap2 tahniah bagailah komen baby otw lah..ergh,” tulisnya.

Namun, mungkin sekadar ingin mengusik, kelihatan di ruangan komen bintang radio berkisar tentang hal sama.

Malah ada yang meminta dirinya melakukan ujian kehamilan kerana bakal hamil selepas pulang daripada bercuti.

Sekadar makluman, Feeya dan Rashid berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang anak lelaki.

Foto : Instagram Feeya Iskandar

Published by
Noraini Abd Wahab