Semenjak debut pertama dua tahun lalu, sehinggalah dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, kumpulan pop, Dolla belum berkesempatan untuk membuat persembahan khas buat peminat.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa air mata empat orang anak gadis yang terdiri daripada Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby ini mengalir saat mendengar nama mereka dilaungkan di Konsert Mini Showcase Dolla yang berlangsung pada Sabtu.

Mempersembahkan empat buat lagu hit mereka termasuk satu lagu ‘dance cover’ sudah cukup menggamatkan suasana serta menghiburkan hampir 150 penonton yang hadir di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Center (PJPAC).

“Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah “Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah “Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah

Adrenalin para penonton yang terdiri daripada kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka iDolla turut memuncak saat melihat persembahan bertenaga dan tarian mantap daripada empat ahli kumpulan berkenaan.

Menurut Syasya, kesemua mereka tidak dapat menahan sebak kerana ini merupakan perjumpaan pertama mereka bersama peminat secara empat mata selepas kerap kali tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Ads

“Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah “Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah “Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah

“Kami tidak dapat menahan sebak. Ini adalah momen-momen yang sangat kami nanti-nantikan semenjak Dolla mengeluarkan lagu yang pertama.

“Debut kami adalah ketika PKP. Sejak daripada itu kami tidak berkesempatan untuk membuat persembahan istimewa untuk peminat-peminat kami (iDolla).

“Tiada perkataan yang mampu gambarkan perasaan kami ketika membawakan lagu Berani tadi. Mereka adalah kunci kejayaan kami. Tanpa mereka tak mungkin Dolla sampai ke tahap ini. Kami sangat bersyukur,” katanya kepada MH selepas berakhirnya konsert.

Ads

Enggan menghampakan peminat, Sabronzo memaklumkan mereka juga telah membuat latihan secara intensif enam hingga lapan jam sehari.

“Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah “Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah “Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah

“Sepanjang minggu ini kami giat berlatih. Dalam satu hari, kami berlatih enam hingga ke lapan jam termasuklah menyanyi dan menari.

“Sebenarnya runtin latihan kami ini memang berterusan. Kami mula serius sebelum cuti Tahun Baru Cina. Kemudian kami sambung semula.

Ads

“Melihat peminat gembira sudah cukup melegakan hati kami. Sebagai peminat mereka memberikan sepenuh sokongan dan rasa cinta kepada kami. Mereka beri kami energi untuk membuat persembahan yang terbaik,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dolla turut memanfaatkan peluang bertemu peminat selepas berkahirnya konsert tersebut.

“Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah “Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah

Konsert ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi baharu, Juki dengan lagunya yang berjudul Pacu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI