“Rakan-rakan lain yang buat persembahan pun bagus, kita dah cuba yang terbaik.” itu kata salah seorang anggota Bocey, Fad yang akui sudah jangka nama kumpulannya akan diumumkan sebagai peserta yang mengumpul markah paling rendah berdasarkan prestasi di saingan separuh akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) tahun ini.
Meski mendapat markah paling rendah iaitu 51.29 peratus, namun tuah menyebelahi Bocey apabila tiada peserta yang tersingkir dan kesemua lima kumpulan layak untuk bersaing ke peringkat akhir, Jumaat depan bagi merebut hadiah utama berupa wang tunai RM500,000 beserta trofi.
Mengulas lanjut mengenai persembahan pada malam semi final semalam, Fad menjelaskan persembahan kedua terpaksa diubah saat akhir kerana dirasakan tidak bersesuaian.
“Bila dinilai daripada komen para juri dengan markah yang diperolehi, memang kami sudah dapat agak akan dapat keputusan yang paling bawah. Di atas kertas pun kita sudah boleh ‘baca’, tapi kami percaya rezeki.
“Kami kecewa dengan diri sendiri memandangkan lawak yang dipersembahkan kami tukar saat akhir. Sepatutnya ia benda lain. Ketika rehearsal, kami rasakan persembahan itu tidak sesuai. Kami yang pilih untuk tukar dan kami kena reda sama ada jadi atau tidak.
Ads
“Bagusnya hikmah dengan apa yang berlaku membuatkan kami buka mata supaya lebih kerja keras, bersaing ke malam final buat kali keenam,” jelas Fad optimis.
Pernah menjulang trofi juara MLM sebanyak dua kali sebelum ini, Fad mewakili Bocey akui keputusan malam ini bukanlah sesuatu yang memalukan, sebaliknya ia lebih tepat kepada rasa kecewa dengan diri sendiri.
Ads
“Kami tak malu, tapi kecewa dengan diri sendiri. Dalam MLM ni, kalau dikata orang itu bagus atau pernah menang ke, ia bukan ukuran. Sebab itulah kami cakap, kami reda.
“Kalau tahun ini terkeluar, maknanya bukan tahun kamilah. Kami pun saling minta maaf dan apa yang telah terjadi bukan salah siapa-siapa,” jelasnya lagi.
Ads
Bersiaran selama 11 minggu, tema separuh akhir MLM kali ini ialah ‘budaya’ dan ‘loghat/slang’ menyaksikan kumpulan Puteh mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 65.67 peratus.
Sebanyak 70 peratus jumlah pemarkahan akan dinilai oleh juri profesional setiap minggu sementara 30 peratus markah pula adalah hasil daripada undian penonton menerusi SMS dan digital.
MLM Akhir akan bersiaran secara langsung Jumaat depan menerusi Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124) dari Royal Theatre, Shah Alam jam 9.00 malam.
Juri tetap bagi MLM tahun ini ialah Datuk Jamal Abdillah, Inul Daratista, Lisa Surihani dan Najip Ali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi Instastories milik pelakon Mimi Lana, bintang tinggi lampai ini ada berkongsi rakaman video pendek selepas menerima jambangan bunga istimewa daripada Syafiq Kyle.
Pemberian tersebut sebagai meraikan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 21 November lalu.
Menerusi video yang dikongsi, turut kelihatan ialah kad ucapan yang tertulis;
“To Mimi Roziana Happy Birthday and Love You Sayang. From, Syafiq Syamim.”
Aktres drama bersiri Hati Yang Tersakiti ini kini sudahpun mencecah usia 25 tahun.
Sebelum ini media melaporkan Mimi ada memaklumkan hubungan percintaannya bersama Syafiq berakhir pada Jun lalu kerana tiada sefahaman.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih menjalin hubungan baik sebaik rakan sesama artis.
Foto: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim memaklumkan khabar gembira bersama pengikut di laman akaun Instagram miliknya.
Kongsi Azrinaz, 41, dia kini sedang hamil anak keempat yang sudah mencecah usia 7 bulan kehamilan.
“This is NOT a throwback. What you see in this picture is happening now. Pink or blue, what to adore, here we go with my ‘number four’!
“I am currently 7 months plus, to be exact 30 weeks of pregnancy. Alhamdulillah syukur. Allah is blessing me and my husband by giving me another chance to carry another life again at this age.
“I don’t expect to be so close a-gap after #AreesyaMalaykha, but why wait when I can do it now. So here you go!
“Dear families and friends, please pray for my baby and mommy a smooth delivery, InsyaAllah,” tulisnya.
Imbas kembali, Azrinaz telah mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan pada 1 Mei 2018 dan dikurniakan seorang anak, Areesya Malaykha pada 19 September 2019.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua Azrinaz.
Sebelum ini, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua orang anak.
Namun Azrinaz telah sah bercerai talak satu pada 16 Jun 2010.
Foto : Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Rosma ada memaklumkan dirinya telah dimasukkan ke hospital selepas disahkan mengalami jangkitan di bahagian paru-paru, pada Ahad lalu.
Difahamkan, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapatkan rawatan di sebuah Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pada itu, suami kepada Rosma iaitu Khai atau nama sebenarnya Mohammad Khairul Nizam ada menitipkan doa agar isterinya diberi kekuatan dan kembali sihat seperti sedia kala.
“Sayang seorang yg kuat, first time admit sepanjang perkenalan & perkahwinan kita,. Anak2 pun terkejut selalunya daddy yg admit.
“Allah uji ikut kemampuan hambaNya. Terima kasih diatas Doa yang baik2 drpd kalian semua buat isteri sy. Hanya Allah shj dpt membalasnya. Amin… #KhaiRosma #TerimaKasih #SyukurAlhamdullillah #Allahuakbar,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama ini dipermudahkan segalanya.
Terdahulu, Rosma telah mendirikan rumah tangga bersama Khai pada April 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5 dan Nur Alya Dhania, setahun.
Foto: Instagram Khai Rosma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!