“Kami Tak Sanggup Nak Hantar Esok,” – Sah, Datuk Seri Aliff Syukri Bakal Serahkan Qayyum Pada Ibu Kandung, Malam Terakhir Tidur Sama?

Share

Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada memaklumkan bakal menyerahkan kembali anak angkatnya, Qayyum kepada ibu kandung.

Seperti yang dikongsikan menerusi Instagram, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu memberitahu, dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida tidak sanggup untuk serah atau merakam video.

“Kami tak sanggup nak hantar esok dan tak sanggup nak buat vedio.

“Ketika yom 7bulan kami dah jaga dan vedio ni hari pertama yom dilahirkan dan malam ni malam terakhir kami dgn dia,” katanya.

Malah, Aliff turut menulis, hanya mereka yang pernah alami situasi sama yang akan faham.

“Hnya mereka yg pernah alaminya tahu.. perancangan allah itu besar.

“Saya menjaga dia dari dlm perut ibuya ketika 7bulan lagi.. dan akhirya #selawatdodoianakku teaser…,” kongsinya.

“Kami berikan nama lagu ni Selawat dodoi anakku.. semoga yom ingat bila dah besar nanti..inyallah dlm masa terdekat boleh tngok di youtube saya tvterlajaklaris ciptaan lagu @

hafizhamidun khas utk mereka nak dodoikan anak,” akhiri Aliff.

Foto: Instagram Aliff Syukri

Published by
Rafiq Mazlan