Syarikat Pengurusan XIOKK Entertainment tampil membuat permohonan maaf berhubung isu melibatkan artis di bawah nauangan mereka, SMDX yang terpalit kontroversi gara-gara kenyataan yang dikeluarkan salah seorang aggotanya, Elle Thong.
Menurut Pengarah Urusan XENO Group, Prashan Chitty, dia mengakui kesilapan yang dilakukan oleh artis mereka dan berjanji akan berusaha memperbaiki perkara tersebut.
View this post on Instagram
“Bagi pihal El dan juga SMDX, kami ingin secara formal membuat permohonan maaf kepada semua atas kekhilafan kami. Kami mengaku, banyak lagi yang perlu kami pelajari.
“Kami berjanji akan perbaiki lagi cara kami,” katanya menerusi satu kenyaatan yang dikeluarkan pada petang Khamis.
Bagaimanapun, Prashan akui sedikit kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memberikan komen melampau tanpa memikirkan kesan yang bakal ditanggung oleh artis mereka.
“Namun, syarikat kami tidak sekali menerima apa-apa jenis kecaman yang berbaur pembulian dan memalukan artis-artis kami.
“Kami memohon maaf kerana terpaksa membuang segala komen-komen yang mengandungi sentiment sebegitu. Kami di sini, cuma ingin belajar dan berkarya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Prashan turut memaklumkan anggota SMDX mengambil maklum segala teguran mengenai pemakaian mereka dan berusaha memperbaiki hal tersebut pada masa akan datang.
“Kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan pilihan pemakaian kami. Kami mengaku, banyak lagi yang kami boleh baiki.
“Kami mengambil semua kritikan dan dengan izin tuhan, kami akan perbaiki lagi di masa depan,” kongsinya lagi.
Sehubungan itu, Prashan juga berharap agar semua pihak dapat memberikan peluang buat SMDX untuk menunjukkan bakat mereka dan berkarya di dalam industri muzik tempatan.
“Visi dan misi XIOKK kekal sama, iaitu untuk membina atau memperkukuhkan ekosistem muzik di Sabah dan dengan izinNya, memberikan lebih peluang kepada bakat-bakat di Sabah untuk menunjukkan karya mereka bukan sahaja di pentas nasional bahkan ke persada dunia,” akhirinya.
Sejak semalam, salah seorang anggota SMDX, Elle Thong dikecam hebat netizen gara-gara kenyataan yang dikatakan agak sombong ketika menjawab soalan netizen ketika satu sesi siaran langsung di Tik Tok.
Menurut Elle, dia enggan mempedulikan komen-komen berbaur kebencian termasuklah kritikan mengenai imej mereka yang dikatakan agak seksi.
Pada masa sama, Elle turut mendedahkan dirinya langsung tidak mengenali kumpulan Dolla yang kini boleh dianggap sebagai group wanita paling popular negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram SMDX & Elle Thong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI