Pasangan popular Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah mengumumkan kelahiran anak sulung mereka hari ini.
Pasangan yang sudah berkahwin selama tiga tahun ini memuat naik satu hantaran di Instagram masing-masing bagi mengumumkan perkara tersebut.
Kata mereka, “Kami sangat gembira untuk mengesahkan yang kami telah menyambut kelahiran bayi menerusi ibu tumpang. Kami dengan hormatnya meminta privasi pada masa yang istimewa ini untuk memberikan tumpuan kepada keluarga kami. Terima kasih.”
BACA JUGA: Empat Bintang Bollywood Yang Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang Untuk Memiliki Cahaya Mata
Setakat ini mereka masih belum mengumumkan jantina dan nama anak. Priyanka, 39, manakala Nick, 29, dikatakan telah jatuh cinta pada tahun 2017 ketika mereka sama-sama menghadiri majlis MET Gala.
Namun begitu menurut laporan Harper’s Bazaar seperti yang diberitahu Nick kepada Vogue, dia sebenarnya telah menghantar mesej kepada Prinyanka menerusi Twitter pada tahun 2016 lagi. Mereka berhubung menerusi telefon dan kemudian bertemu seminggu sebelum majlis MET Gala berlangsung.
Pada malam majlis itu pula, mereka sama-sama menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Amerika Syarikat, Ralph lauren.
Walaupun jarak usia mereka berbeza 10 tahun, namun itu tidak menjadi masalah bagi pasangan ini. Mereka berkahwin pada tahun 2018 hanya selepas empat bulan rasmi sebagai pasangan kekasih.
BACA JUGA: “Teruja Dengan Fasa Baru Ini,” – Preity Zinta Timang Cahaya Mata Kembar Menerusi Proses Ibu Tumpang
Perkahwinan yang diadakan di India dalam suasana penuh gilang gemilang itu menjadi antara ‘wedding of the year’ yang diingati ramai. Siapa boleh lupa dengan rekaan busana perkahwinan Priyanka yang direka oleh Ralph Lauren siap dengan layah sepanjang 75 kaki itu?
Untuk pengetahuan anda, Ralph Lauren tidak memiliki koleksi perkahwinan, dia hanya mereka dan menghasilkan busana kahwin untuk orang yang disayanginya.
Busana yang digayakan Miss World 2000 ini merupakan busana perkahwinan keempat yang dihasilkan Ralph. Sebelum itu dia menghasilkan busana perkahwinan untuk anak perempuannya, menantu dan juga anak saudaranya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan