Syarikat rakaman, Warner Music akhirnya mengesahkan mengenai dakwaan penamatan kontrak penyanyi Kaka Azraff berikutan kelantangannya bersuara mengenai isu Palestin.
Warner Music dalam satu kenyataan berkata, mereka terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana perbuatan dan bahasa yang telah digunakan Kaka dikatakan agak keterlaluan.
“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian,” katanya.
Katanya lagi, sesiapa sahaja artis dibawah naungan Warner Music turut akan dikenakan tindakan sedemikian sekiranya mereka melakukan tindakan yang sama.
“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama”, jelas wakil dari Warner Music itu lagi.
Bagaimanapun, pihak Warner Music tidak menjelaskan secara terperinci bila kontrak tersebut ditamatkan.
Sehubungan itu, satu sidang media tergempar bakal diadakan oleh Kaka pada malam Rabu.
Terdahulu, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 34, mengirim mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia yang pro-Israel, Nathaniel Buzolic.
Profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Juga Bertemu Arwah Sakinah, Anak Tunggal Dia Yang Meninggal Ketika Masih Bayi” – Abang Kepada Pengusaha Kosmetik, Anas Zahrin Kembali Ke Rahmatullah
Usahawan kosmetik yang turut dikenali di kalangan selebriti, Anas Zahrin berkongsi khabar duka apabila abangnya, Mohamed Taufieq telah pergi mengadap Illahi.
Arwah merupakan anak sulung daripada sembilan adik beradik.
Lebih mendukacitakan, Anas menyatakan akhirnya Allahyarham dapat bertemu kembali dengan puterinya, Sakinah yang meninggal dunia ketika masih bayi.
“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Nya yang Maha Besar.
“Semoga rohnya mendapat rahmat dan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta dimasukkan ke dalam syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Kau pergi dalam bulan mulia, bulan rahmat, kau pergi dengan penuh ketenangan. Kau pergi menghadap illahi dengan senyuman gembira.
“Alhamdulillah, selesai urusan pengebumian tengahari tadi, segala urusan mandikan jenazah, kafankan, solat semua dilakukan dengan cepat kami adik beradik dan terima kasih juga yang membantu.
“Terima kasih untuk mereka yang mendoakan, terima kasih yang menghantar pesanan mesej di telefon saya juga DM, terima kasih atas doa doa kalian. Allah sahaja yang dapat membalas.
“Abang sulung saya dari 9 beradik, anak kesayangan mak. Kasih sayang mak juga. Ada hikmah mak dekat sini, dapat bertemu buat kali terakhir anak kesayangan dia.
“Anas dan adik beradik yang lain hari hari akan doakan tau, jangan risau ya bang. Dapat juga abang sulung saya ni bertemu dengan arwah Sakinah, anak tunggal dia yang meninggal ketika masih bayi. Bertemu juga dengan arwah abah.
“Saya mohon sedekahkan Alfatihah buat abang sulung saya ni ya semua. Terima kasih sekali lagi.
Al Fatihah (dibaca)
Allahyarham Mohamed Taufieq Haji Atan
Allahyarham Haji Atan Daud,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by ANAS® (@anaszahrin) on
Al-Fatihah.
Foto : Instagram Anas Zahrin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PU Amin Puji Sikap Ezad Lazim & Shamsul Ghau Shau, “Insan Ini Pernah Berada Di Puncak Kejayaan, Itu Semua Tidak Melalaikan Mereka.”
Kini sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, Pencetus Ummah (PU) Amin sempat bertemu dua orang lagenda industri hiburan, Ezad Lazim dan Shamsul Ghau Ghau.
Merakam foto bersama, Amin memuji kehebatan kedua anak seni itu yang mengharungi pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan bergelar artis.
“Andai nya dirimu , sudi menerima ku , kan ku mahkotakan mu , ratu dihaaaaatiku.
“Bersama dua orang lagenda di Makkah . Mereka sahabat dan kekanda yang sangt saya cintai .Allah aturkan perjumpaan .
“Kedua dua insan ini pernah berada di puncak kejayaan , kekayaan , dan penghormatan . Mereka menikmatinya hasil bakat yang Allah swt berikan pada mereka . Tapi itu semua tidak melalaikan mereka . Siapa sangka , mereka kini sebagai pembimbing umrah. Cukup hebat percaturan Allah,” tulisnya.
Malah, Amin menyifatkan bahawa kerjaya sebagai seorang anak seni bukanlah sesuatu yang mudah.
“Jadi artis dan penghibur itu tak salah , hasil duit dari kerja artis pun halal . Ada seorang Sahabat Nabi Muhammad , namanya Hassan Bin Thsabit . Dia komposer syair (lagu) , dia suka puji nabi guna saluran hiburan , akhirnya Nabi muliakan Hassan Bin Tsabit . Ya peliharalah dua orang sahabat ini . Berilah kebaikan pada nya di dunia dan di akhirat . Inshaallah . @ezadlazim @paksu_shamsul_ghaughau,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Selain itu, Amin sering berkongsi aktivitinya sepanjang berada di Kota Mekah.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Foto : Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.”
Pelakon dan usahawan, Zara Zaya mengakui dirinya kini berasa lebih tenang dan selamat terutamanya selepas memutuskan untuk mengenakan hijab sejak setahun yang lalu.
Malah, Zara sendiri turut menafikan keputusannya untuk berhijab adalah sebagai persediaan untuk menempuh alam perkahwinan.
Sebaliknya, Zara menjelaskan segala apa yang berlaku terhadap dirinya ketika ini adalah kerana kemahuannya sendiri.
“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Pada ketika saya terdetik untuk berhijab, masa itu saya masih lagi ada shooting. Lebih kurang lagi seminggu. Saya selesaikan dulu shooting tersebut.
“Habis shooting hari Jumaat, Sabtu terus saya pakai dan pergi beli tudung. Prosesnya sangat mudah dan sampai ke hari ini saya berasa sangat tenang dan selamat.
“Mencari ketenangan adalah keutamaan saya. Jika sebelum ini, ada sahaja perkara yang tidak kena. Saya juga mendalami ilmu agama dan cuba penuhi solat lima waktu.
“Saya tidak kata yang ketika ini saya sempurna tapi saya rasa lebih baik dari yang sebelumnya. Ada yang kata saya pakai tudung sebab nak kahwin tapi sebenarnya tidak. Saya buat untuk diri saya sendiri,” katanya.
Pelakon drama Isteriku Bukan Tukang Masa itu berkata sedemikian ketika ditemui MH baru-baru ini.
Katanya lagi, meskipun dirinya kini sudah tampil dengan imej berhijab, namun Zara tetap merasa kehidupannya kini jauh lebih baik dari yang sebelumnya.
“Saya rasa ramai je selebriti yang job makin bertambah selepas berhijab. Itu juga perkara yang terjadi kepada saya sendiri.
“Alhamdulillah, tiada istilah tiada job untuk saya buat masa sekarang. Ada juga yang tawarkan saya untuk berlakon telefilem tetapi watak tersebut memerlukan wanita yang tidak bertudung. Saya kata takpelah tapi pada masa sama saya dapat tawaran lain juga.
“Rezeki tu bukanlah datang dari shooting sahaja ada juga kempen-kempen yang orang tak nampak. Mereka boleh kata saya dah jarang keluar di kaca televisyen tetapi sebenarnya ada beberapa lagi tuntutan kerja yang lain,” jelasnya lagi.
Langsung ditanya mengenai syarat-syarat yang diletakkan sebelum menerima sebarang tawaran, Zara menjelaskan mungkin kini sudah tiba masanya untuk dia menjaga batas dalam setiap perkara.
“Sudah tentu saya ada letakkan beberapa syarat. Saya akan pilih watak yang sesuai untuk wanita berhijab. Tidak la bebas macam dulu-dulu.
“Batas itu perlu ada. Orang memang tahu yang saya ini suka berekperimentasi dan boleh cuba watak apa sekali pun. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya hadkan mengenai perkara tersebut.
“Sampai bila nak macam tu lebih-lebih lagi ketika imej saya yang sebegini. Saya kena betul-betul bergerak ke arah jalan yang saya pilih. Saya tidak berhenti terus dan masih lagi berlakon cuma ada batasnya,” ujarnya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI