Setelah berkongsi video membeli cincin di media sosial, ramai yang beranggapan hubungan diantara pempengaruh Tik Tok, Ubai dan kekasihnya yang juga merupakan penyanyi, Shila Amzah bakal melangkah ke fasa yang lebih serius.
Ketika ditemui di majlis sidang media filem, Polis Evo 3 di Petaling Jaya pada Khamis, Ubai akhirnya mengesahkan tanggapan netizen itu sememangnya benar.
Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, tarikh untuk sebarang majlis masih belum ditentukan.
“Insya-Allah, cincin itu sebagai tanda untuk ke fasa seterusnya. Bila dah beli cincin, maksudnya saya serius (dalam hubungan).
“Kalau mengenai tarikh, belum tahu lagi sebab kami masih dalam perbincangan untuk tentukan tarikh yang sesuai,” katanya MH.
Katanya lagi, dia dan Shila tetap akan mengikut tradisi adat bermula daripada proses merisik.
“Kami akan melalui proses mengikut adat seperti merisik, bertunang sehinggalah hari bahagia kami. Tapi, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan terkini Shila
selepas muncul berita kontroversi membabitkan ibu bapanya, Ubai memilih untuk memberi ruang dan menenangkan Shila.
“Kalau pasal keluarga, saya tak masuk campur sangat sebab saya faham privasi mereka. Tapi, saya akan cuba tenangkan dia.
“Saya beritahu dia, kalau dia nak kongsikan dengan saya, saya akan mendengar. Kalau dia tak selesa untuk kongsikan, tak mengapa,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI