Pelakon Azri Iskandar menjelaskan hubungan dia dan bekas isteri yang juga aktres, Ellie Suriaty baik meski mereka sudah pun berpisah.
Menurutnya menerusi laporan Gempak, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.
“Ya betul… saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun.
“Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya.
Azri bagaimanapun memohon doa agar kehidupan mereka yang kini berasingan diberikan ruang dan ketenangan.
“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.
Ads
“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa.
Hasil perkongsian hidup sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
Ads
Sementara itu, Ellie dilihat turut berkongsi posting anak lelakinya menerusi Instagram yang antara lain menjelaskan mengenai perpisahan kedua orang tuanya.
Pelakon dan pengarah, Rashidi Ishak reda dengan ujian yang menimpa dirinya selepas disahkan dijangkiti wabak Covid-19.
Menurut Rashidi, dia kini harus menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari memandangkan dia juga turut mengalami beberapa simptom yang agak teruk seperiti demam dan sakit badan.
“Maka bermulalah staycation 10 hari yang tak dirancang. Aku dah buat test bila team produksi berhenti penggambaran kerana ada kes di set. Masa tu negatif. Aku pun mulalah kuarantin kendiri di rumah.
“Tapi bila dua hari sudah aku tiba-tiba demam teruk dan badan sakit-sakit, aku bagitau pihak produksi. Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat swab test, kali ni confirm aku positif.
“Doktor tu cakap jangan panik, ambil ubat dan monitor sendiri keadaan. Dia akan lapor pada kkm. Petangnya, pegawai kesihatan call aku tanya soalan2 lazim kepada pesakit covid. Aku pun jawab dengan tenang.
“Dia minta aku pergi pusat penilaian covid (CAC) terdekat. Dia hantar kat aku semua link berkenaan covid. Aku pun book appointment secara online,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, I-Tanggang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga telah hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Nilai bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
“Pihak penerbit pula hantar kat rumah aku stok makanan dan juga oxymeter, supaya aku boleh check level oxygen.
“Jadi pagi tadi aku pun pergi lah CAC Nilai dengan keadaan aku yang sakit-sakit satu badan, kepala berdenyut-denyut. Aku disambut oleh pegawai-pegawai perubatan yang lengkap dengan ppe tu semua.
“Selepas check maklumat asas, aku pun dikawal selia oleh doktor, blood pressure dan level oksigen. Macam-macam dia tanya. Doktor beri aku slip untuk aku scan buat report harian dan dia bagitau aku kalau sesak nafas call 999,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Rashidi turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan semangat bagi mengharungi detik sukar ini.
“Aku minta maaf menyumbang kepada statistik kes covid. Korang semua, jaga diri, SOP. Sumpah tak best sakit ni. Aku yg dah ada dua dos vaksin pun masih sakit tahap gaban.
“Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang call, yang mesej, yang video call. Kalau aku tak jawab tu maknanya aku tgh tidur, mabuk ubat.
“Kalau korang ada symptoms pergi lah check. Take care and stay safe!,” akhirinya.
Melihat di ruangan koemen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Rashidi lekas sembuh seperti sedia kala.
“Get well soon Abang Shidi. You can do this.
“Speedy recovery Abang Shidi. Ameen InsyaAllah.
“Allahu, moga dilindungi my brother.
“Wishing you a speedy and safe recovery brother,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga Rashidi segera diberikan kesembuhan dan dapat kembali menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Rashidi Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia dikatakan tidak profesional sewaktu menjadi tetamu undangan sebuah stesen radio baru-baru ini.
Meski namanya tidak disebut menerusi satu artikel yang berkaitan, namun ramai yang menganggap insiden tersebut merujuk kepada dirinya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu perkara seperti ini boleh dijadikan isu dan sekiranya dia ada membuat kesilapan, dia sepatutnya diajak berbincang secara matang.
“Saya dalam industri ni tidaklah lama, saya juga masih baru dan yakin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Mungkin itu adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang ketika itu. Saya rasa okay untuk buat perkara sedemikian.
“Pada masa itu pun saya tak rasa yang saya seperti sedang berkerja kerana saya anggap semua seperti kawan-kawan saya.
“Sekiranya ada masalah, saya pasti mereka boleh bercakap pada waktu itu juga dan tidak sepatutnya jadi bahan penceritaan untuk orang ramai,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, program tersebut difahamkan telah pun dibatalkan namun Nabila tetap juga hadir bagi memenuhi jemputan pada saat akhir.
“Kalau nak diikutkan, program tersebut dibatalkan saat akhir, namun dipanggil semula. Lalu saya tetap hadir bagi menjalankan tugas promosi projek terbaru saya.
“Jadi saya tak rasa itu satu isu yang besar dan patut dibahaskan ketika ini. Semuanya boleh dibawa berbincang,” katanya kepada MH.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nabila menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu membuat sebarang masalah termasuk dengan pihak media.
Pada masa sama, dia turut memohon maaf andai ada tingkah sebelum ini mengguriskan hati sesiapa dan berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!