Pelakon Azri Iskandar menjelaskan hubungan dia dan bekas isteri yang juga aktres, Ellie Suriaty baik meski mereka sudah pun berpisah.
Menurutnya menerusi laporan Gempak, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.
“Ya betul… saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun.
“Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya.
Azri bagaimanapun memohon doa agar kehidupan mereka yang kini berasingan diberikan ruang dan ketenangan.
“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.
“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa.
Hasil perkongsian hidup sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
Sementara itu, Ellie dilihat turut berkongsi posting anak lelakinya menerusi Instagram yang antara lain menjelaskan mengenai perpisahan kedua orang tuanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini .
Sumber: Gempak