Pelakon dan penyampai, Issey memaklumkan berita sedih apabila kumpulan produksi drama sitkom J.K.K telah diberhentikan daripada syarikat Media Prima Berhad.

Bukan itu sahaja, Issey turut berkongsi momen ketika rakaman terakhir drama sitkom berkenaan dijalankan menerusi satu rakaman video yang dikongsi di akaun Instagram miliknya.

Menyedihkan, rakaman video tersebut kelihatan rakan pelakon, Ain Edruce yang menangis kesedihan apabila mengetahui kumpulan produksi drama berkenaan telah dihentikan.

IKLAN

“Ini adalah rakaman JkK paling sedih yang pernah kami buat. Dalam gelak tawa semasa rakaman, kami tetap sedih dengan apa yang terjadi kepda seluruh team JKK

“Boleh saksikan klik link di bio untuk full video dan swipe up di story,” tulisnya.

IKLAN

IKLAN

Sekadar informasi, drama tersebut sudah memasuki musim keenam dan dibintangi pelawak seperti Ebby Yus, Ropi Cecupak, Shuk Sahar dan ramai lagi.

Video: Instagram Issey Fazlisham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI