Pelakon, Adam Lee akui teruja apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya yang juga merupakan aktres jelita, Sweet Qismina dalam majlis yang akan diadakan kurang sebulan sahaja lagi.
Menurut Adam, dia dan Sweet kini sedang sibuk menguruskan persiapan memandangkan mereka tidak melantik mana-mana pihak perancang perkahwinan bagi hari bahagia mereka itu.
“Sudah tentu perasaan saya sememangnya teruja menuju hari bahagia kami yang kini berbaki kurang sebulan sahaja lagi. Saya memang menantikan saat-saat seperti ini.
“Bagaimanapun, sejujurnya boleh saya katakan kami berdua agak penat sebab kami masing-masing masih bekerja dan pada masa sama kami harus menguruskan segala hal melibat majlis perkahwinan kami.
“Kami memang uruskan sendiri daripada kosong sehinggalah ke saat ini. Kami sendiri yang turut padang untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Saya dan Sweet tidak melantik mana-mana perancang majlis perkahwinan dan semuanya kami rancang sendiri,” katanya kepada MH.
Ads
Adam berkata sedemikian ketika sidang media drama Adakah Kau Menungguku yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Katanya lagi, meskipun terpaksa membahagikan masa dengan komitmen kerja, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan.
“Dalam sibuk menguruskan mengenai majlis perkahwinan kami, saya dan Sweet masih lagi perlu bekerja. Jadual kerja kami juga tak sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain. Orang lain mungkin keluar pagi balik petang tapi kami ada kalanya keluar pagi balik pun pagi.
Ads
“Walaupun ada kalanya kami berasa agak susah tapi kami tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan. Kini persiapan dah pun siap dalam 75 hingga 80 peratus,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia dan Sweet ada berdepan dengan apa-apa cabaran menuju hari bahagia, Adam memberitahu, perkara tersebut adalah normal dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.
“Bercakap mengenai cabaran menuju hari bahagia, saya percaya bukan saya dan Sweet sahaja tetapi pasangan lain juga akan berdepan dengan cabaran dan halangan. Itu adalah normal dan kami juga tak terlepas.
Ads
“Apa yang paling penting ketika ini adalah bagaimana caranya untuk kami mengatasi setiap masalah dan cabaran itu. Mengenai cabaran yang harus kami lalui, rasanya tak perlulah kami kongsikan. Biarlah kami uruskannya bersama,” akhirinya.
Terdahulu, Adam bakal bergandingan bersama pelakon, Wanna Ali menerusi drama bergenre romantik komedi terbaru yang berjudul Adakah Kau Menungguku.
Drama ini akan ditayangkan di slot Lestari, TV3 bermula 20 September ini pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Mas Idayu mengesahkan dirinya bakal berkahwin dengan lelaki pilihan yang juga penerbit eksekutif sebuah stesen TV, Sufian Isa September depan.
Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, hubungan mereka mulai rapat sejak beberapa bulan lalu meski sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada tahun 2008.
“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.
“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.
“Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Selangit turut menjelaskan Sufian sudah datang berjumpa kakak sulungnya.
“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.
“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpaempat kali.
“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula kami sudah ada beberapa lokasi, tinggal nak pilih saja lagi,” katanya.
Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengimbau kembali kenangan lalu semestinya mengusik jiwa. 1001 kenangan menerpa di dalam minda. Terbaru dalam hantaran di Instagram, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw memuat naik gambarnya di dalam sebuah rumah berdinding kayu yang berada di tepi sungai.
Kelihatan damai dan permai seperti rumah kampung kebiasaannya, namun ada kisah sedih yang membelit hati pelantun lagu popular ‘Ku Bahagia’ ini.
“Ini rumah tempat saya dan keluarga saya dan saya dilahirkan. Sekarang adik bongsu arwah mama mendiami rumah ini. Kawan-kawan saya ketika kecil juga masih ada disini. Namun sekarang mereka diancam usir oleh PT KAI (Kereta Api Indonesia), saya akan berjuang semampu mungkin untuk mendapatkan kebajikan yang selayaknya untuk mereka. Bismillah semoga hidup saya masih akan ada gunanya,” ujarnya meluah rasa.
Mengimbau kembali memori mendiami rumah tersebut ketika kecil. Dia berkongsi kisah, “Di depan jendela ini adalah sungai yang cukup besar, kalau hujan besar dan banjir, saya cukup suka bila digendong nenek dan melihat banjir dari jendela ini. Kadang-kadang ada ular yang cukup besar berenang dan momen itu bagi kami sudah cukup menjadi hiburan yang menyenangkan.”
Dia yang kini sudah berusia 47 tahun sudah menghasilkan lebih dari 500 buah lagu sepanjang kariernya dalam bidang muzik. Menjadi orang yang sukses dan kaya bukan bermaksud harus mendongak ke langit. Oleh itu, isteri kepada Anto Hoed ini lebih senang bersikap low-profile.
Apabila ada yang menganggap dirinya sombong kerana tidak memenuhi undangan, penyanyi ini punya pendapat sendiri. Katanya, “Apa yang hendak saya sombongkan, saya lahir dan dibesarkan dari keluarga dan lingkungan yang bawah. Mungkin perkara ini membuatkan saya lebih suka terlibat dalam kegiatan kemanusiaan dan juga sosial. Kerana saya pernah berada di tempat yang sangat bawah. Apa yang saya miliki sekrang adalah hasil kerja keras selama ini.”
Nama Pinkan Mambo cukup terkenal dahulu sebagai salah seorang duo asal daripada kumpulan Ratu bersama Maia Estiaty sebelum mengambil keputusan bergerak secara solo pada 2004.
Lagu hit mereka seperti ‘Salahkah Terlalu Mencintaimu’ popular sehingga kini.
Khabar terbaharu, Pinkan telah mendirikan rumah tangga buat kali keempat setelah tiga perkahwinan dahulu kandas di tengah jalan.
Memilih TikToker tekenal, Arya Khan atau nama sebenarnya Muhammad Rizky sebagai suami, Pinkan perlu membuat keputusan kembali semula memeluk agama Islam sebagai syarat.
Status agama penyanyi bersuara lantang ini disahkan sendiri oleh Arya saat bersiaran secara langsung di laman media sosial, Tiktok.
“Aku sudah beritahu, kalau mahu kahwin dengan aku, kamu harus menjadi Muslim. Aku tidak mahu berkahwin beza agama. Jadi kita sepakat, dia menjadi seorang Muslim,” ujar Arya memetik laporan suara.com.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada tanggal 24 Disember 2023 bertempat di rumah Arya. Pinkan menerima mas kahwin bernilai Rp100 ribu.
Imbas kembali, Pinkan Mambo atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dilahirkan sebagai muslim sebelum membuat keputusan untuk pindah agama kepada Kristian pada tahun 2005.
Kini berusia 43 tahun, Pinkan memiliki lima cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip menjelaskan situasi terkini rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah bahawa mereka kini dalam proses untuk berpisah.
Menurut Hafiz atau nama sebenarnya,...