Koreagrafer popular, Alam Wakaka telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nurul Alisya Najwa Hazman pad 1 Ogos lalu.
Merakam detik indah momen pertunangannya bersama gadis berusia 19 tahun itu di Instagram, Alam atau nama sebenarnya, Muhamad Haslam Abd. Rahman, 34, turut menitipkan rasa terhadap status barunya kini.
Jelas penari yang turut aktif berlakon ini, pengalaman lalu banyak mengajar untuk menjadikan dirinya lebih baik dalam pelbagai perkara.
“Sebelum Alam menutup cerita pertunangan kami yang GEMPAK (cheewah) ini, jangan sesekali kita menyalahkan masa lalu.
“Kerana masa lalu mengajar kita untuk menjadi seorang manusia yang lebih elok dan teratur dalam semua bidang,” tulisnya.
Dia pada sama menyifatkan tarikh 1 Ogos sebagai ulang tahun perkenalannya bersama tunang.
“Kami tidak ada anniversary, dah kenal 3 tahun jadi 1st August 2020 adalah anniversary kami mengenali antara satu sama lain, termasuk mengenali dan merapatkan hubungan keluarga kami berdua.
“Rasa tenang bila cincin Merisik & Tunang disarungkan oleh mak Alam sendiri.
“Terima kasih yang tak terhingga pada SEMUA WARTAWAN, social media, pihak majalah & suratkabar, bloggers, serta para peminat yang tidak putus menyampaikan tahniah pada pertunangan kami.
“Nanti kita chat2 komen2 okay! Doakan Alam & Alisya serta keluarga dapat mengharungi tempoh tunang dengan cekal, tabah dan saksama.
“Dengan ini, saya SUDAH TIDAK ADA GIRLFRIEND, kami CLASH sebab dia dah jadi TUNANG SAYA,” tulis Alam panjang lebar sambil memberikan kredit.
Foto: Instagram Alam Wakaka