Menjadi kumpulan yang sering mendapat markah undian peminat tertinggi setiap minggu, Chubb-E menolak dakwaan peminat mengundi semata-mata berdasarkan rupa paras dalam program hiburan, Dansa Dan Sing.
Jelasnya, dia dan Zeppo Youngsterz tidak bersandarkan pada rupa semata.
Sebaliknya, setiap minggu setiap daripada ahli kumpulannya memberikan yang terbaik di atas pentas rancangan hiburan yang berteraskan tarian dan nyanyian itu.
“Syukur kerana peminat mengundi kami setiap minggu. Jika dikatakan mereka mengundi kerana kami comel, itu merupakan bonus.
“Namun saya yakin mereka mengundi kerana persembahan. Kami tidak kacak atau comel mana. Kami fokus memberikan persembahan terbaik.
Ads
“Sudah masuk minggu kelima, semua otot-otot saya sudah mula hidup kerana saya bukanlah penari. Saya boleh menari tapi bukan seorang penari,” jelasnya kepada MH.
Penyanyi berusia 20 tahun ini turut meluahkan kegusaran apabila menyentuh akan keputusan tiada penyingkiran bagi minggu kelima.
Walaupun rasa lega, namun dia tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya.
Ads
“Apabila tiada penyingkiran, saya lebih risau kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, berapa pula penyingkiran yang akan dilakukan. Tekanan semakin bertambah,” jelasnya.
Pada minggu kelima saingan, dia dan para penarinya memperoleh tempat pertama pada minggu kelima dengan jumlah markah 108.97 peratus.
Ads
Arja Lee terselamat daripada disingkir apabila mendapat jumlah markah terendah daripada undian online dan markah juri profesional dengan hanya mencatat 78.47 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti ada berkongsi momen membeli-belah di pasaraya Sogo.
Penyanyi Anta Permana yang dirakam sedang isi masa di pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur itu dikongsikan menerusi saluran YouTubenya, Siti Official Video September lalu.
“Jangan ingat saya tak pergi SOGO tau. SOGO tu masa saya datang ke Kuala Lumpur sebelum bergelar artis lagi.
“Saya lepak depan SOGO sampai ia tutup. Punyalah kan…Orang kampung tak pernah jumpa mall yang besar macam tu,” seloroh Siti pada awal video.
Turut sama mengikuti sesi luang masanya ialah pengurus, Rozi Razak.
Lantas, perkongsian penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Jerat Percintaan ini menjadi perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut memuji Tok Ti yang sentiasa bersikap rendah diri dan bersederhana.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 200,000 kali di YouTube.
Video: YouTube Channel Siti Nurhaliza Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seakan tidak berkesudahan, DS Aliff Syukri dan Baby Shima dilihat masih 'berperang' gara-gara isu pandangan mengenai single terbaru Aliff, Cowok Baru.
Daripada isu penyanyi tersingkir, suara seperti Giant dan saman mahkamah, kini dikatakan Baby Shima melemparkan fitnah kepadanya.
Aliff dilihat berkongsi paparan skrin komen penyanyi yang muncul menerusi single Pura Pura Bujang itu dan mendakwa dia difitnah.
“Apa? Baby BABI? Dato ni perangai macam tenggiling. Kata tak nak melayan tapi masih meroyan. Lain kali tengok full video di youtube Shima dulu. Jangan dengar sebelah pihak sahaja.
“Ya Allah kenapa cakap macam tu?? awak tahu tak fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh?? abang tak pernah cakap macam tu apa kecewa kenapa Syima fitnah abang??
Pelakon Yatt Hamzah ada berkongsi adab yang betul ketika memberi salam sewaktu menunaikan solat dalam tahiyat akhir.
Jelas Yatt, apa yang sepatutnya ialah, kalimah ‘Assalamualaikum’ disebut dengan muka masih mengadap kiblat dan bukan terus menoleh ke kanan.
Dia mengajak agar netizen turut sama memperbaiki dan menyempurnakan solat supaya doa mudah dimakbulkan Allah SWT.
“Waktu tahiyat akhir sebelum memberi salam, sebut Assalamualaikum sepatutnya dengan muka masih mengadap kiblat, bukan terus toleh kanan.
“Bila sebut Warahmatullah baru toleh ke kanan hingga orang belakang nampak pipi kita. Tapi jangan sampai dada lari dari arah kiblat. Hanya kepala yang toleh bukan badan sekali.
“Ilmu baru hari ini. Ayuh baiki dan sempurnakan solat kita. Solat yg sempurna, Allah amat suka.
“Barulah Allah akan angkat dan makbulkan segala doa. Jom share ilmu ttg Solat ini.
“KOMEN ALLAH” dan share dg semua. In shaa Allah bermanfaat,” kongsinya.