Tidak lekang dengan kontroversi, usahawan sensasi Nur Sajad sekali lagi mencetuskan perhatian di media sosial apabila dia ada memuat naik video pendek yang sedang menari dengan hanya bertuala sambil mempromosikan dua produk jualannya, awal semalam.
Sambil berlatarkan lagu popular Mere Khwabon Mein dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge, penyanyi Makhluk Penggoda itu dirakam lincah di bilik mandi.
Lalu, netizen ada mengencam posting yang dimuat naik ushawan tersebut yang sifatkan sebagai melampau dan seksi.
Ads
Bagaimanapun, menerusi posting terkininya, Sajat ada memperjelas bahawa rakaman video yang dikongsikan itu sebenarnya ditiru dari babak lagu tersebut menerusi filem mega Bollywood itu.
“Kami tiru kajol tau!!! kan sama tu!!! hangpa ini suka sangat kata kami jahat!! ini zaman mak kami suka KAJOL TAU!!!
“Hangpa ini sat lagi ku libat dengan tuala, mana yg mulut jahat nak mampus!!! tumbuk kang!!!! cekkk gerammm!!!!,” tulisnya.
Bagaimanapun, meski sudah memberikan penjelasannya, ruangan komen pada entri tersebut tetap disusuli dengan reaksi pelbagai pengguna media sosial lainnya.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kami rancang kahwin Disember lalu dan sudah lakukan penggambaran foto pra-perkahwinan pada September.”
Itu kata pelakon Lia Natalia yang mendedahkan dirinya baru sahaja putus cinta dengan seorang lelaki yang dikenali hampir setahun lalu.
Lia, 28, atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden berkata, persiapan lain juga sudah pun dibuat kedua-dua belah pihak.
“Jujurnya, persiapan perkahwinan boleh dikatakan sudah pun diselesaikan kira-kira 70 peratus termasuk soal tempahan lokasi, hantaran, tempahan tiket penerbangan dan sebagainya.
“Namun akhirnya tak jadi kahwin. Saya pasrah, sudah tiada jodoh di antara kami,” katanya.
Ditanya mengenai apakah punca menyebabkan mereka kini membawa haluan sendiri, Lia yang popular menerusi drama Bukan Gadis Biasa berkata konflik yang berlaku biarlah disimpan sendiri.
“Ada masalah yang saya tidak boleh terima. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.
“Saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku, biarlah antara kami sahaja yang tahu,” katanya.
Menurut Lia lagi, keluarganya yang menetap di Sabah turut memberikan sokongan dan semangat sejurus diberitahu mengenai keputusan tersebut.
“Sudah tentu saya rasa sedih, kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan segalanya. Keluarga saya reda dan faham dengan situasi yang berlaku antara kami.
“Awalnya mereka terujalah bila dapat tahu saya mahu tamatkan zaman bujang memandangkan saya anak bongsu.
“Ibu juga minta saya bersabar kerana dia tahu anaknya memang serius untuk berkahwin. Segala yang berlaku saya kena terima, mungkin ada hikmahnya juga.
“Cuma buat masa sekarang saya tidak mahu untuk kenangkan apa yang berlaku. Lebih baik untuk saya fokus dalam lakonan sahaja.
“Soal cinta tolak tepi dulu, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran dan alhamdulillah, saya bersyukur kerana teman-teman rapat pun ada di sisi memberikan kekuatan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Lia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Diva Popular arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya mengenai soal jodoh.
Ditanya mengenai soal tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran program bual bicaranya, Next To Neelofa tidak lama dulu, figura berusia 31 tahun menegaskan dirinya akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan pasti.
Mengharapkan doa yang baik dari semua pihak, Neelofa juga tidak menafikan pelbagai versi timbul berhubung soal peribadinya.
“Pasal kahwin bagi saya terlalu banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini.
“Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.
“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.
“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik, contohnya agar saya menjadi anak, isteri, bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta, katanya.
Neelofa pada masa sama kurang selesa dengan kisah sensasi serta spekulasi yang digembar-gemburkan.
“Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini.
“Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanyakan hal itu.
“Cuma kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.
“Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada menghitung hari untuk melancarkan lagu baharu berjudul Look At This, DOLLA kini rancak memuat naik foto-foto dan ‘teaser’ konsep menjelang hari pelancarannya.
Girl Grup yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel, dan Tabby itu mengambil pendekatan terbabit bagi menghangatkan penantian peminat.
Pastinya, ia juga jadi peringatan buat semua untuk terus mengikuti perjalanan seni mereka menerusi naskhah terbaharu ini.
Sebagaimana dilakukan artis K-Pop setiap kali menjelang‘comeback’, kumpulan ini turut menggunakan pendekatan sama.
Hantaran foto bersiri dimuat naik secara berkala dengan info grafik dalam bentuk kolaj yang menampilkan imej serta konsep yang dipilih untuk diketengahkan.
Pengurus promosi dan pemasaran Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, pendekatan itu tentu sekali tarikan yang cukup penting.
“Apalagi pengikut DOLLA sememangnya ramai daripada kalangan peminat muzik K-Pop, mereka tentunya teruja melihat kumpulan itu pamer kesungguhan kongsi projek terbaru.
“Kalau kita tengok trend artis K-Pop, mereka akan menggunakan pendekatan berkongsi ‘teaser’ secara berkala setiap kali melakukan ‘comeback’.
“Jadi, untuk DOLLA pun kami buat pendekatan sama kerana kami yakin peminat mereka memang sukakan konsep yang lebih interaktif sebegitu.
“Foto dan info grafik yang dimuat naik pun dihasilkan khas kerana setiap projek termasuk lagu baharu mereka akan datangitu ada nilai istimewa tersendiri.
“Oleh itu, DOLLA ingin berkongsi rasa istimewa itu kepada peminat terutama atas sokongan berterusan mereka sepanjang perjalanan mereka sejak awal dulu,” katanya.
Kali terakhir DOLLA melancarkan lagu adalah pada 2 Disember lalu menerusi lagu Sudi hasil kerjasama dengan Yonnyboii.
Tahun lalu, kumpulan ini cukup rancak melancarkan beberapa lagu selain menjayakan pelbagai tawaran persembahan besar.
Kemudian, mereka tumpukan pula kepada penghasilanlagu Look At This sebagai projek ‘comeback’.
Pada hujung Januari lalu, DOLLA turut melakar pencapaian membanggakan apabila menjadi satu-satunya artis tempatan yang beraksi di acara muzik, Seen Festival in Kuala Lumpur 2023.
Mereka berkongsi pentas dengan penghibur K-Pop terkemuka termasuk NCT DREAM, WayV, KARD, dan ALICE.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.