“Saya rasa kamilah yang original.” Itulah reaksi yang diberikan oleh pemain gitar, Nordin ketika menjawab soalan wartawan mengenai kekeliruan para peminat terhadap kumpulan rock popular, Search yang kini berpecah kepada dua.

Menurut Nordin, dia dan Kid tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk keluar daripada kumpulan yang mula ditubuhkan pada tahun 1981 itu.

“Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat “Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat “Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat

“Kami tak pernah pun buat kenyataan untuk keluar daripada kumpulan Search. Namun, terpulanglah kepada peminat. Itu pilihan masing-masing. Kami tak kisah dan okay sahaja.

“Sejak kebelakangan ini, saya pun jarang melayan apa yang berlaku di sosial media.  Kami lebih memberikan tumpuan dalam studio,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, peminat juga bebas untuk menentukan mengenai pemilihan mereka terhadap kumpulan Search.

“Peminat berhak memilih untuk menonton konsert yang di ‘sana’ atau di sini. Kami hanya ingin ‘enjoy’ dan teruskan berkarya.

“Kami tiada niat pun untuk berlawan dengan sesiapa dan tiada tekanan juga buat kami. Kami hanya ingin habiskan konsert ini dan fokus ke perancangan seterusnya,” kongsinya lagi.

Ads

Nordin atau lebih mesra disapa Din berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.

“Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat

“Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat “Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat

Jelas seorang lagi pemain gitar, Kid pula, dia lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang respon terhadap komen-komen negatif meskipun ada kalanya ia agak menyakitkan.

“Walaupun peminat Search kini terbahagi kepada dua, jadi, sekarang mereka ada dua pilihan. Boleh dengarkan yang lama dan baru.

Ads

“Soal bergaduh ini memang tidak timbul sama sekali. Kami juga tidak pernah memberikan sebarang komen terhadap apa yang telah dilontarkan kepada kami walaupun kata-kata tersebut agak menyinggung perasaan.

“Apa yang penting sekarang ini adalah untuk bersikap jujur dan matang. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan berpegang kepada pegangan saya. Kalau saya ikut apa yang orang lain buat, maka, tiada beza antara kami,” kongsinya.

Lantaran itu, dia berharap agar para peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang bentuk kebaikkan.

“Jadi, saya mohon kepada peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikkan malah, akan membawa kepada kesan yang lebih buruk.

Ads

“Segala isu sebenarnya boleh diselesaikan menerusi perbincangan dalaman. Sebagai contoh, sekiranya ada masalah rumah tangga, takkan semua kita nak bagitahu di sosial media. Mesti kita bincang secara peribadi,” akhirinya.

Konsert Search Rocking On Rooftop bakal berlangsung pada 11 Jun ini di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

“Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat “Kamilah Yang Original,”- Search Kini Terbahagi 2, Din & Kid Tak Kisah Pilihan Peminat

Tiket juga sudah mula dijual menerusi laman web www.fenomenasearch.com bermula pada harga RM88, RM 198 dan RM289.

Konsert kali ini juga bakal menampil vokalis baru kumpulan Search yang juga merupakan penyanyi asal Indonesia, Denden Gonjalez.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Search

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI