“Kamu Tidak Keseorangan,” – Pertama Kali Dalam Sejarah, Laungan Azan Bergema di New Zealand

Share

Buat pertama kali dalam sejarah, laungan Azan solat Jumaat akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional New Zealand.

Lautan warga Kiwi berkumpul di Hagley Park, yang terletak berhampiran Masjid Al Noor, masjid pertama yang diserang pengganas pada 15 Mac lalu sebagai menghormati mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kefahaman mengenai agama Islam.

Malah, komuniti yang hadir turut menzahirkan sokongan dan penghormatan dengan memakai hijab.

Ulas Anna Thomas, penyelaras Scarves in Solidarity berkata kempen ini adalah untuk menunjukkan sokongan bahawa wanita Islam di New Zealand tidak keseorangan.

Saya fikir, seminggu selepas tragedi, apa kata kita memakai hijab pada hari Jumaat dan mengiringi sahabat Islam yang lain sebagai tanda hormat.

Wanita terutamanya terlalu takut memakai hijab apabila keluar dan ini adalah cara terbaik untuk memberi sokongan dan berjalan di sebelah mereka dan sama-sama memakai hijab,

” ulasnya kepada Newshub NZ.

Lebih teruja, muka depan akhbar The Press New Zealand hanya menulis perkataan Salam dalam Bahasa Arab.

Foto – Facebook dan Newshub NZ

Published by
Noraini Abd Wahab