“Kan Ada Banyak Jenis, Tak Semestinya Beli Yang…,” – Amyra Rosli Dikritik Tak Sensitif Sebab Promote Iklan Durian? Amar Baharin Beri Reaksi

Share

Pelakon, Amar Baharin mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mengecam isterinya, Amyra Rosli selepas dikatakan tidak sensitif gara-gara mempromosikan iklan durian.

Jelas Amar, tujuan asal isterinya yang juga merupakan pelakon popular itu hanyalah untuk membantu para peniaga tempatan terutamanya ketika mengharungi detik sukar ini.

Katanya lagi, sebagai anak seni, dia dan isteri turut sama merasai kesan pendamik Covid-19 ini lebih-lebih lagi bila melibatkan hal perbelanjaan keluarga.

“Kesian @aamyrarosli Niat nak tolong peniaga waktu lockdown ni tapi ada juga penerimaan -ve dari warganet. Siapa nak tolong kita kalau bukan kita sesama sendiri?

“Keinginan dan kemampuan tu dua jalan berbeza. Berbelanja ikut kemampuan (keperluan). Kami pon banyak perkara yang kami inginkan tapi kami tak mampu.

“Takde pulak kami marah orang yang jual Vellfire Royal Lounge tu. Kami beli Bezza je. Janji boleh keluar cari rezeki muat untuk bawa keluarga syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran di dalam Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama, Derita Untuk Bahagia ini turut berpendapat tidak salah untuk seseorang itu berbelanja asalkan mengikut kemampuan diri sendiri.

“Kalau teringin nak makan durian, beli la durian ikut kemampuan. Kan ada banyak jenis durian? Tak semestinya kena beli durian yg premium mcm @dooran.dooran.co ni.

“Kami faham situasi sekarang yg agak tertekan ni. Harap semua tingkatkan kesabaran untuk kita sama-sama atasi masalah pandemic ni okay.

“Kalau ada yang betul-betul teringin nak rasa @dooran.dooran.co saya boleh sedekah. Tapi tak banyak la sbb saya pon tak mampu,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selaik turut menasihati Amar supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

“Orang makan durian pun nak marah ke? Sensitif sangat dah rakyat sekarang ni semenjak lockdown yang berterusan.

“Yelah, nak durian tak semestinya yang mahal. Kita ni kalau teringin durian, haa pergi je dekat Chow Kit tu. Belilah durian kampung sepeket RM15. Lepaskan anak tekak je.

“Sabar banyak-banyak bro. Semoga Allah balas niat murni bro and wife.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Bersabarlah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Amar Baharin

Published by
Aizam Manaf