Sayu hati si ibu bila mendengarkan kata dari seorang anak yang menyifatkan ibunya sebagai seorang adiwira dalam hidupnya.
Itulah yang dirasakan oleh pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa yang berkongsi rasa hatinya tersentuh dengan pick up lines yang diberikan oleh anaknya, Arryan di Instagram.
“Arryan tak nak SuperHero lagi, ibu…”
“Kenapa? Nanti ibu belikan SuperHero Arryan..”
“Arryan tak nak..! Kan ibu SuperHero Arryan..”
“???? Touching lak ibu dengar.. Pandai tak Arryan main Pickupline utk ibu..? nk suh bodek beli apa tah.. ?ni mesti maklong dier ajar ni..,” tulis Joy menerusi ruangan kapsyen.
MH yang membaca perkongsian Joy ini juga turut tersentuh hati kerana anak sekecil ini sudah mampu untuk menilai kasih sayang seorang ibu terhadap dirinya.
Rata-rata pengikut Joy juga turut merasakan perkara yang sama dan meninggalkan komen-komen positif buat si cilik untuk sentiasa menjadi anak yang soleh buat ibunya.
azi_shaq: Pandai arryannnn anak soleh jaga ibu nanti
miss_qowiy_lovely: Subhanallah ensem nyee ustaz ayan . tgklaaa pakaian tuu da nmpk mcm org bsr hhi matang aih . ibu cantik anak soleh nyee pn ensem comel putih masyaaAllah . akk sy doakan smge akk n fmly d permudahkan urusan dnia akhirat aamiin allahumma aamiin . nnt akk pos la byk² pic ayan or vdeo sy mnt sgt dgn anak akak ayan n akak @joyrevfa jgk . ☺ alhamdulillah . smge akk mnjd bidadari syurge kelak aamiin. . i love u kak.
qaseehcahaya_goldz: Touching sesangat…moga aryan sentiasa utamakn ibu selepas Allah dn rasul…aammmiinnn??
MH doakan agar Arryan membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi anak yang soleh dan mendengar kata ibu dan bapanya serta menjadi insan yang berguna bila sudah dewasa kelak.
Sumber: Instagram Joy Revfa