Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang bapa yang dikatakan telah memukul anaknya dikhalayak umum.
Kelakuan bapa yang dipercayai di bawah pengaruh dadah itu nyata menimbulkan kemarahan di hati warganet.
Antaranya yang turut memberikan respon berhubung insiden tersebut termasuklah penyanyi, Lufya Omar.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Lufya meluahkan rasa lega selepas mendapat perkhabaran kanak-kanak tersebut telah pun diselamatkan dan kini berada dibawah penjagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Sedikit info tentang adik Aisyah yang tular dipukul Si ayah penagih dadah. Ayahnya telah ditangkap dan Alhamdulillah Aisyah di selamatkan oleh @jkmhq tapi info penempatan aisyah dirahsiakan,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini juga turut dilihat ada menitipkan doa semoga kanak-kanak tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Semoga Allah melindungi anak kecil yang tidak berdosa ini dan Allah anugerahkan penjaga yang baik untuk Aisyah.
“Semoga terpelihara agamamu, akhlakmu dan baik masa depanmu anak,” pintanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selaik turut memuji usaha yang telah dijalankan oleh pihak JKM.
“Alhamdulillah, semoga adik Aisyah Allah lindungi sentiasa. Kesiannya kecil lagi.
“Semoga Aisyah baik-baik sahaja.
“Alhamdulillah, sekurangnya adik tu terjaga kebajikannya.
“Alhamdulillah dia ditempatkan yang selamat,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Lufya ada menyuarakan rasa amarahnya terhadap apa yang berlaku kepada adik Aisyah.
Sumber: Instagram Lufya Omar