Pelakon, Saharul Ridzwan mengakui berasa terkejut selepas mengetahui jumlah bil elektrik rumahnya yang harus dibayar bulan ini.

Menurut Saharul, bil elektrik rumahnya itu telah naik secara mendadak tidak seperti bulan-bulan sebelumnya.

“Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi.

“Tak tahu nak marah siapa kat tnb ni. Call operator pun, dorang cuma jalankan tugas.

“Salahkan sistem, orang yang buat. Siapa orang tu?,” tulisnya.

Ads

Tambah pelakon drama Korban Kasih itu lagi, sebuah lagi rumahnya yang terletak di Cyberjaya turut menerima nasib yang sama meski pun rumah tersebut kosong dan tidak berpenghuni.


“Rumah kat Cyberjaya yang tak duduk pun kena charge ada penggunaan elektrik?

Ads

“Time pkp hantu berdisco bukak suiz kot kat dalam tu.

“Discount 15%, sauk balik berpercent percent. Tak nice la tu.

“Sorrylah lepaskan geram kat sini, at least marah tu tak tertuju kat sapa-sapa.

Ads

“Kang aku membebel kat meter tu orang cakap gila,” tambahnya lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Saharul menerusi akaun Twitter miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kisah yang sama mengenai kenaikkan bil elektrik yang tidak masuk akal itu.

“Kang Membebel Kat Meter Tu Orang Cakap Gila,”- Bil Elektrik ‘Melambung’ Tak Masuk Akal, Saharul Ridzwan Tak Tahu Nak Marah Siapa “Kang Membebel Kat Meter Tu Orang Cakap Gila,”- Bil Elektrik ‘Melambung’ Tak Masuk Akal, Saharul Ridzwan Tak Tahu Nak Marah Siapa

Terdahulu, Saharul baru sahaja berkongsi khabar gembira selepas isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 13 Jun yang lalu.

Sumber: Twitter Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI