Penyanyi rap antarabangsa, Kanye West dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pereka fesyen jenama miliknya Yeezy iaitu Bianca Censori.
Menerusi laporan media antarabangsa, penyanyi berusia 46 tahun itu berkahwin di satu lokasi rahsia di Beverly Hills, Amerika Syarikat.
Walaupun sudah bertiup kencang mengenai perkahwinan itu, namun Kanye masih belum tampil memberikan kenyataan rasmi tentang hal tersebut.
Bianca dikatakan mula bekerja untuk jenama yang diusahakan Kanye itu sejak tahun 2020.
Namun tidak diketahui sejak bila kedua-duanya mula menjalinkan hubungan istimewa.
Terdahulu, Kanye pernah berkahwin dengan sosialit terkenal, Kim Kardashian, 43, pada Mei 2014 namun telah disahkan bercerai pada Februari tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, Kanye dan Kim mempunyai empat cahaya mata, North, 10, Saint, 8, Chicago, 5, dan Psalm, 4 tahun.
Dalam persetujuan bersama, Kanye bersetuju untuk membayar AS$200,000 (RM894,500) sebulan sebagai nafkah tanggungan untuk empat anaknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Janganlah Pisahkan Anak Dengan Bapa Atau Ibunya…,” – Abby Abadi
Pelakon, Abby Abadi mengingatkan diri sendiri akan tanggungjawab yang diamanahkan buat dirinya serta bekas suami, aktor Norman Hakim.
Kongsinya menerusi Instagram, dia dan Norman sedang berusaha untuk menjaga anak-anak hasil perkongsian hidup mereka berdua dengan sebaiknya dan usah memisahkan anak dengan si ibu atau bapa bagi yang sudah berpisah.
“Hidup penuh TANGGUNGJAWAB. Walaupun Mama/ Papa dah berpisah, kena ‘tanggung’ sama2 “AMANAH” yg diberi ini di dunia & ‘jawab’ semua depan ALLAH nanti mana2 yg tak dapat dilaksana.
“Sebab itu kami usahakan yg terbaik hari ini, agar mampu menjawab bila dgn ALLAH SWT nanti, inshaALLAH.
“Apa yg Sy cuba nak sampaikan: Janganlah pisahkan anak dgn bapanya, atau anak dgn ibunya. Jagalah sama2, tak rugi apapun. Buang segala ego yg bersarang di jiwa. Anak itu milik ALLAH. DIA bagi pinjam je.. kenapa kita nk buat mcm hak kita?
“Baik buruk bekas pasangan kita, dia tetap ibu/bapa pada anak2 yg telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu,” maklum Abby.
Pada masa sama, bintang Gerak Khas ini turut berkongsi akan hak seorang anak terhadap ibu bapanya.
“Tak banyak kes yg dalam pengetahuan Sy, ibu dipisahkan dari anak. Tapi anak di pisahkan dari bapa ramai sangat… Sampai besar tak kasi jumpa.. sampai anak tu takde hati langsung la nk dgn Ayah dia.. sedih melihatnya.
“Ada juga yg dah kasi jumpa, tapi mcm saja pulak lari dari tanggungjawab.. mmm ntahlah.
“Anak2 juga ada hak ye ibu ayah. Hak utk dijaga & dibelai sebaiknya. Hak utk makan pakai, pendidikan dan sebagainya. Hak utk mendapat kasih sayang dari kedua2nya. Semua tu ALLAH akan tanya. Bersediakah kita utk menjawabnya nanti?
“Maaf ye kalau terkait dgn sesiapa. Tapi Sy mohon…. Kalau tak dapat kekalkan hubungan dgn pasangan, anak2 jangan lah dipisahkan,” tulisnya panjang lebar.
Abby yang kini hidup bahagia bersama suami, Faizal Zakaria mendirikan rumah tangga bersama hos Mingguan Wanita itu pada 8 Januari 2002 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 18 Disember 2008.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Love Gila Ucapan Azhan Rani, Mewakili Bakat Tanpa Rupa,”- Puji Noorkhiriah
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah melabuhkan tirai semalam.
Drama rantaian Nur telah menjadi perhatian apabila telah memenangi enam anugerah pada malam tersebut.
Bagi memberi penghargaan kepada rakan pelakonnya menerusi drama tersebut, Noorkhiriah telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Bintang itu telah berkongsi rasa syukur dan memberikan pendapatnya mengenai kemenangan Nur di malam anugerah DFKL 2019 bersama pengikutnya di laman media sosial tersebut.
“HARI INI DALAM SEJARAH Alhamdulillah..lom habis #dfkl tapi rasanya malamni malam #nur..cipta sejarah weiii..bertuah rasanya dapat menjadi sebahagian family #nur..sapa setuju mlmni malam #nur?”
“Tahniah abam @budakijat @azhan_rani@aamyrarosli @syafiqkylez nak nitik airmata tgk kejayaan #nur..kecaman acik2 bawang,kejayaan wat kalian..akak tumpang happy ggiler dan love gile speech abg @azhan_rani..mewakili bakat tanpa rupa..salah seorangnya adalah Noorkhiriah Ahmad Shapie..”
“harap pasni abam @budakijat please wat cite tanpa rupa ni jadi lead bg..Lurve u gais.. #nur1 #nur2 #aisyah@radiusone_official @dramasangat@tv3malaysia @fazli_radiusone@onechinoiz_studios”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Khiriah telah meluahkan pendapat mengenai rupa paras bukanlah satu ukuran untuk sesuatu kejayaan sebuah drama.
Lantas, perkongsian pelakon yang berusia 42 tahun ini telah menjadi perhatian netizen.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Foto : Instagram Khiriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Kahwin, Siapa Nak Datang? Kalau Berjaya, Mak Tak Senyum Lagi,” – Luahan Zul Ariffin
Pelakon terkenal, Zul Ariffin mendedahkan ibunya merupakan individu yang menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengecap kejayaan sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Zul, dia senang melihat ibunya gembira bila setiap kali dia muncul di kaca televisyen atau memenangi anugerah.
“Saya berkecimpung dalam dunia seni ini hanya untuk buat mak bangga dengan saya. Dia boleh tengok saya di kaca tv dan tonton filem saya di panggung wayang.
“Sepanjang kerjaya saya, saya hanya mahu pastikan dia tersenyum tengok saya. Bila saya keluar tv atau menang anugerah, dia pasti akan telefon saya. Setiap pagi juga begitu. Saya akan bergelak ketawa dengan dia,” katanya.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, perasaan teruja untuk bergelar anak seni seakan hilang selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 2017.
“Saya rasa tiada guna berlakon lagi. Siapa nak tengok? Ketika itu adalah kemuncak kerjaya saya. Tahun 2017, siapa sahaja yang tak kenal saya?
“Saya bertanya kepada diri, nak berlakon lagi ke? Mak aku bukan ada pun nak tengok. Nak berlakon filem lagi ke? Mak aku bukan ada lagi nak ikut road tour dan tiada lagi di kerusi pawagam.
“Kalau menang anugerah, siapa yang saya nak telefon di belakang pentas. Saya rasa seperti tiada guna,” ujarnya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem J-Revolusi itu menerusi satu sesi temubual bersama stesen radio, Sinar FM.
Namun, Zul memaklumkan perasaan ‘kosong’ tersebut berubah selepas dia menyedari ramai golongan berusia seperti ibunya yang masih menyokong perjalanan seninya sehingga hari ini.
“Kemudian saya tersedar, bila saya lihat orang-orang di luar, ada ibu-ibu orang lain yang bangga dengan saya. Bukan sekadar peminat tapi saya juga terima penghargaan daripada golong-golongan berusia yang lain.
“Jadi, saya teruskan tanggungjawab kerjaya saya hanya untuk pastikan mereka ini gembira. Kita pun bukan hidup lama. Dapat gembirakan orang lain pun dah cukup baik,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Zul akui terkilan kerana tidak berkesempatan untuk membawa ibunya menunaikan umrah.
“Bila melibatkan keputusan-keputusan lain, perasaan saya biasa-biasa sahaja. Sebab saya fikir kalau terlalu merancang pun buat apa?
“Tahun 2017, saya rancang untuk bawa mak tunai umrah. Namun, 2017 juga mak meninggal. Kemudian saya terfikir nak pergi umrah dengan siapa dan untuk apa? Kalau aku kahwin, siapa nak datang?
“Nak berjaya sangat dalam kerjaya, mak tak akan tersenyum lagi. Nak ke mana-mana pun, mak tiada lagi. Itu kesan yang saya rasai. Saya rasa kosong.
“Seiring perjalanan waktu, saya tersedar bagaimana sayang kita pada mak kita dan sayang mak kita kepada kita, sayang lagi Allah dengan kita.
“Saya rasa tenang bila sampai ke tanah suci dan disebabkan saya tak dapat bawa ibu ke sana, saya berhajat untuk membawa sesiapa sahaja yang punyai keinginan untuk ke sana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM & Zul Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI