Siapa dah dengar dengan lagu terbaru Dato Aliff Syukri yang berduet dengan Sajat ? Best kan. Walaupun menerima pelbagai kecaman tetapi tontonan di Youtube sudah mencecah sejuta lebih tau !
Sebelum ini kami ada dengar khabar pembikinan muzik video ni akan dirakam luar negara okay. Malah penyanyi-penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini pun kini berada di Spain untuk melakukan pengambaran. Fuhh pasti meletop nanti.
“Sebab kami akan ke luar negara pada awal bulan depan.. Buat video klip uols!!! Aduhh!!!.” Ujar sajat dilaman Instagram.
Semalam. Menerusi Instagram milik Aliff dilihat dia dan Sajat serta buah hati Sajat, Coach Yin berada di lapangan terbang untuk bergerak ke lokasi penggambaraan muzik video mereka.
Seperti biasa, kali ini kapsyen Aliff telah mendapat perhatian ramai kerana dikatakan mempunyai banyak kesalahan ejaan.
“mcm mana suara @coach_yin dan @nursajat02 sedap tak??? komen jujur tau.. syukur sbb kru percaya bakat saya @krumusic sponser vedio clip muzik vedio #abangnaktegur sampai ke 3negara skrg kami nak ke spain spanyol,matrik dan banyak lagi.. bersama smua krew mat salleh ..korang rasa berapa nilai ya??
“korang boleh dengar dan lihat lirik vedio ini di @krumusic ..secara full dan di YouTube ..Bermula hari ini anda boleh terus mendengarkan lagu saya di YouTube cara rasmi dan maxis ,calcome boleh ke spotyfiy dan ifone semua boleh lahh taib jee …malah anda juga boleh menyanyikan lagu ini dan tang kepada saya lagu yg anda yanyikan..peserta yang paling sedap akan dipilih sebagai juara.. saya akan bagi hadiah misteri tunggu” tulisnya di laman tersebut
Netizen siap betulkan lagi apa yang salah..Matrik tu Madrid. Spain dan Sepanyol tu negara sama.. macam-macamlah
Kelakar betul lah pengikut Aliff, tetapi bagi MH besar kemungkinan kerana Aliff terlalu tergesa-gesa. Alaaaa normal lah tu adakalanya auto-correct juga boleh menyebabkan sesuatu ejaan itu berubah kan? Atau mungkin Aliff memang sengaja nak lihat apa reaksi pengikutnya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI