Pelakon dan pelawak senior, Azlee akui agak terkilan apabila hasratnya bersama anggota kumpulan Senario untuk kembali mengadakan program sitkom masih belum mendapat respon yang diharapkan daripada pihak stesen tv.
Menurut Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, dia percaya Senario masih mempunyai peminat yang kuat dan buktinya karya-karya mereka masih lagi memjadi pilih di platfrom penstriman dan media sosial.
“Kebanyakkan karya-karya kami kini ditayangkan kembali di platform seperti Netflix. Ada juga yang memuat naik klip filem kami di media sosial. Itu bermakna mereka amat merindui kumpulan Senario.
“Namun, saya tak faham mengapa sesetengah stesen tv tak mahu mengambil Senario untuk kembali mengadakan sitkom. Sedangkan peminat kami masih ramai.
“Kami sudah beberapa kali hantar proposal kepada stesen tv tapi sehingga kini masih tiada jawapan.
“Satu sahaja pesanan saya kepada mereka, jangan pandang Senario ini seperti tiada fans lagi,” katanya kepada MH.
Ads
Azlee berkata sedemikian ketika ditemui di majlis iftar dan tayangan video raya Suria FM baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga mendapat banyak pertanyaan daripada peminat yang merindukan telatah mereka di televisyen.
“Pihak stesen tv bukan tidak menerima proposal kami tapi mungkin kami sedang menunggu giliran. Bila sampai giliran kami, mungkin mereka akan panggil.
Ads
“Cuma saya bagitahu pihak stesen tv, jangan tunggu terlalu lama. Peminat merindukan kami.
“Sebelum ini, kami ada buat comeback di Awesome TV. Itu pun peminat bertanya kenapa tiada sambungan. Peminat mahu melihat kembali Senario yang menjadi idola mereka ketika kecil,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azlee juga percaya karya-karya daripada Senario mampu memberi impak positif kepada masyarakat.
Ads
“Pada saya karya Senario ini sangat evergreen. Kalau anda perasan, karya-karya kami ini juga merupakan kisah rakyat. Kisah kami ini mempunyai mesej dan bukan sekadar komedi.
“Sebab itu orang tidak jemu menonton karya-karya kami. Begitu juga dengan lagu-lagu kami. Bagi saya, Senario ini sangat legend.
“Kami ada filem, album, sitcom, siri animasi, merchandise dan macam-macam lagi,” akhirinya.
Terdahulu, Azlee memaklumkan Senario yang membuat kemunculan di layar perak menerusi filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham.
Menerusi filem ini, Senario bakal mengumpulkan kembali kesemua anggota asal termasuklah Lan Pet Pet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul apatah lagi setelah kehilangan bapa tersayang.
Mungkin itulah yang dirasai pelakon Jehan Miskin di atas pemergian bapa, Miskin Parkir pada jam 10.35 minit malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Jumaat.
Berita tersebut dikongsikan pelakon berkenaan menerusi sebuah entri yang ditujukan khas bagi memperingati Allahyarham itu di laman Instagram.
“Bapa kesayangan kami telah pun pergi buat selama-lamanya. Dia merupakan seorang insan yang paling jujur pernah saya kenali. Dialah yang membentuk saya seperti mana saya ketika ini. Tanpa dia saya bukan siapa-siapa.
“Kami berasa beruntung kerana dapat berada disisinya sepanjang hari-hari terakhirnya. Menenangkannya saat dia menghembuskan nafas terakhirnya. Itu adalah salah satu saat terindah dalam hidup saya, tulisnya.
Dalam pada itu, Jehan turut memohon orang ramai supaya menitipkan surah Al-Fatihah buat bapanya itu semoga rohnya sentiasa tenang.
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan takziah selain turut meminta supaya Jehan turus bersabar menghadapi dugaan ini.
Dikesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan takziah buat Jehan dan keluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Al-Fatihah
Foto: Instagram Jehan Miskin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menolak dakwaan dia menganaiya dan mempergunaian gadis obesiti berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Wani Comel.
Jelas Alif, segala tuntutan yang didakwa oleh gadis berkenaan pada dasarnya tidak pernah berada dalam kontrak yang ditandatangani pihaknya dan Wani sendiri.
“Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang. Untuk pengetahuan, saya sebelum ini pernah mengambil beberapa duta sebelum ini seperti Erra Fazira dan banyak artis lain.
“Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantudia berjalan semula yang sekali gus diharaokan dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.
“Sebenarnya saya memang tidak pernah menjanjikan kereta rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian boleh tuntut di mahkamah,”katanya kepada MH pada sidang media yang diadakan kediamannya dk Kota Damansara, pada Isnin.
Tidak menolak ada pihak yang cuba menjatuhkan reputasi dan perniagaannya, Alif turut menegaskan dirinya tidak teragak-agak untuk membawa perkara berkenaan ke tengah.
“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya susulan buat masa ini belum boleh saya kongsi.
“Sementara itu, berkenaan saman yang akan dikemukakan mana-mana pihak, sekiranya ada selepas ini, saya mengalu-alu saman anda,”katanya lagi.
Terdahulu Wani Comel atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim ang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan, Jumaat lalu.
Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.
Menerusi kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram, Aliff mengganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di zaman serba canggih kini, tidak dinafikan setiap daripada kita pastinya mempunyai satu akaun media sosial di mana-mana platform seperti Instagram, Facebook atau TikTok.
Golongan selebriti juga antara yang bijak memanfaatkan akaun media sosial masing-masing untuk memasarkan diri mereka dalam bidang yang diceburi.
Selain selebriti, anak-anak mereka juga tidak ketinggalan terkena tempias populariti ibu atau bapa masing-masing.
Sebagai contoh, kedua-dua anak perempuan pelakon Que Haidar antara yang sering menjadi perhatian netizen disebabkan kejelitaan rupa paras mereka yang mewarisi kecantikan isteri aktor tersebut iaitu pakar tarian dan koreografi, Linda Jasmine.
Menerusi temubual yang diadakan program MeleTOP baru-baru ini, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 43, berkata buat masa ini dia masih belum ‘membenarkan’ kedua-dua anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra untuk memiliki akaun media sosial sendiri.
Ini kerana menurut pelakon filem Rock Oo! itu, dia lebih mengenali anak-anaknya yang mungkin tidak akan tahan dengan komen-komen negatif yang sering ditinggalkan sebahagian netizen seperti mana yang berlaku terhadap golongan selebriti mahupun anak-anak mereka sebelum ini.
“Sebagai bapa, saya rasa saya lagi kenal anak-anak saya. Mereka (anak-anak), hati mereka lembut.
“Kan kita ada segelintir netizen yang tulis tidak elok. (Saya risau akan) kacau dia orang punya feeling. Saya rasa mereka tak bersedia lagi untuk handle benda-benda macam ini,” katanya.
Sekadar info, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda pada 14 Februari 2009 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu, 13, dan Tengku Cleopatra, 10.
Linda juga mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khan, 22, hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Que Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!