Nampaknya, Datuk Seri Aliff Syukri baru sahaja membeli belah kasut ‘basahan’ untuk menjelajah ke bazar Ramadan.
Lebih menarik, penyanyi Bobo Di Mana ini turut berkongsi harga kasut tersebut, nilainya kira-kira RM2800.
Mungkin tidak senang duduk dengan keletah suami yang suka mengusik netizen, isterinya, Datin Seri Shahida meninggalkan komen yang cukup menarik.
“Rindu Ya Kalau Tak Kena Kecam,” tulisnya.
Ulas wanita ini, suaminya memang cukup gemar mengusik kerana setiap komen yang ditinggalkan menjadi bahan hiburan.
Walaupun telah lali dengan teknik pemasaran berbentuk gimik begini, netizen menyarankan agar usahawan ini mengikut jejak langkah arwah Faziani yang dilihat lebih merendah diri ketika hidupnya.
Tidak kurang juga, ada yang mengecam Aliff kerana gemar menimbulkan hal sensasi, lebih-lebih lagi di bulan puasa.
Jika kita tidak suka melihat sesuatu yang mendatangkan fitnah, maka tinggalkanlah ia tanpa berkata-kata. Bimbang nanti mendatangkan dosa.
Foto : Instagram Aliff Syukri