Laman Facebook (FB) Public Health Malaysia memuat naik posting susulan tindakan dilakukan aktres Maya Karin, yang berdepan detik cemas apabila diserang ‘panic attack’ ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore, Melaka baru-baru ini.
Laman tersebut memuji tindakan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu yang dilihat berjaya tangani masalah tersebut dengan baik.
“Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di lihat mula alamiserangan panik sebaik sahaja berada di pentas. Mujur ada “Roy” yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.
“Kasut dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing). Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.
“Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada,” tulis laman terbabit.
Ads
Malah, apa yang dilakukan Maya juga membantu untuk mewujudkan rasa selesa sekaligus berjaya mengawal keadaan.
“Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.
Ads
“You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik,” jelas laman terbabit lagi.
Terdahulu, Maya secara spontan menanggalkan kasut tinggi yang dipakai bagi melegakan perasaan ketika bersama-sama dengan pelakon Faizal Hussein bagi menyampaikan anugerah.
Maya kelihatan cemas dan suaranya terketar-ketar sebelum terpaksa berpaut pada Faizal untuk membantunya menanggalkan kedua-dua sepatu yang disarungnya bersama dres hitam.
Ads
Maya profesional meneruskan tugasnya untuk menyampaikan trofi pada malam itu dengan hanya berkaki ayam sebelum berlalu ke belakang pentas sejurus selesai melakukan tanggungjawab.
“My hero malam itu. Sangat gentleman, siap kutip kasu saya yang tertinggal atas pentas,” ujar Maya memuji tindakan rakan penyampainya, Faizal Hussein.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau popular dengan gelaran DJ Lin telah dipilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan bagi kategori ‘Influential Radio Announcer’ di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22).
Majlis meraikan para penerima itu telah diadakan pada 24 Mac 2022 lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Sinonim menerusi segmen Suria Cinta, DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM ini teruja dengan anugerah yang diterima dan bersyukur di atas pengiktirafan orang luar terhadap jenama DJ LIN.
“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya dan tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah DJ Lin di sini.
“Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat DJ Lin untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM,” katanya.
Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 23 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang dimenanginya sebelum ini.
Antaranya, DJ Lin pernah menerima trofi Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) empat kali, Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012 dan Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23.
Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh ini merupakan anugerah ke-10 buatnya.
Terdahulu, Anugerah Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22) ini dianjurkan oleh sebuah majalah terkenal yang bertujuan untuk merai dan memberi pengiktirafan serta menghargai sumbangan para usahawan wanita terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan.
Mereka juga dilihat turut banyak membantu untuk merancakkan pembangunan ekonomi negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pengasas kosmetik, Datin Seri Jur Shahida ada meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak sepanjang melakukan kuarantin selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada adiknya yang disahkan posutif Covid-19.
Meski dua ujian swab yang dilakukan menunjukkan hasil negatif, namun ibu kepada lima cahaya mata ini tetap melakukan kuarantin sendiri di rumah.
“Rindu sangat nak dukung anak..nak cium nak gomol. Paling geram dengan Yusoff ni. Siap curi-curi datang bilik saya nak masuk.
“Dia kata Yusoff takut, Yusoff takut, alasan nak dekat dgn mama dia. Nak minta kek la, mama cantik la, baju mama ada bangau la. Macam-macam akal dia.
“Sabar ye anak-anaksemua. Tak lama lagi dah habis kuarantin,” tulisnya pada entri terkini di Instagram.
Shahida pada masa sama turut mendedahkan, akaun Instagram anak lelakinya itu turut digodam baru-baru ini.
“Kepada yang tanya IGYusoff. IG Yusoff kena hack. Saya tengah cuba usaha nak dapat balik tapi sbb masing-masihg kurang mahir la bab2 it ni.
“Mudahan ada org yg sudi bantu, saya sayang kenangan yusoff masa kecil sampai besar.
“Macam-macam ada kenangan dalam ig tu,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram DS Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi akaun Instagram pelakon senior, Zulkifli Ismail memaklumkan pengarah siri animasi Usop Sontorian dan pencipta animasi Keluang Man, Kamaruddin Ismail telah kembali ke rahmatullah, petang Ahad.
Allahyarham Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.15 petang akibat serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
“Pelopor animasi digital Negara, Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
“Allahyarham merupakan pengarah siri animasi Usop Sontorian dan pencipta Keluang Man. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. #kartunis #animasi #keluangman #usopsontorian,” tulisnya.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.