Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah posting yang dimuat naik oleh pelakon, Fadzil Zahari menerusi laman Instagram miliknya.
Foto yang telah disunting itu memaparkan Fadzil bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Yana Samsudin sedang berendam di dalam sebuah besen berisi air.
“Nak romantik di pantai takleh rentas negeri, rai sekadar mampu. Air haruman lavender bancuh sendiri,” tulisnya.
Lantaran itu, foto tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak malah ada juga yang mendakwa Fadzil seperti mahu mempersenda rakan artis, Nonny Nadhirah yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi gara-gara foto berendamnya di Instagram.
“Kesian Nonny maybe gambar dia tu semua superimpose je. Didoakan semoga dia tabah dengan ujian dan dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang individu.
“Benda tak lawak bro. Padam la,” ujar seorang pengguna Instagram.
Ads
“Kalau Nonny tengok mesti dia delete dia punya IG,” respon seorang individu.
Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, Fadzil dilihat ada memberikan reaksi balasnya berhubung dakwaan tersebut di ruangan komen.
Jelasnya, foto tersebut bukanlah bertujuan untuk mengaibkan malah dia juga tidak menyebut nama mana-mana pihak.
Ads
“Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesiapa pun dalam gambar ni.
“Takda nama sesiapa pun kat sini,” jelasnya lagi.
Ads
Respon tersebut nyata menerima reaksi pelbagai daripada netizen.
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah sering kali menjadi perhatian selepas beberapa foto seksi yang melibatkan bekas bintang Akedemi Fantasia musim ke-5 ini tular di media sosial.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak berhubung isu perubahan drastik itu.
Malah, rakan-rakan artis juga turut menzahirkan rasa khuatir selain turut berharap agar Nonny berada dalam keadaan yang baik.
Sumber: Instagram Fadzil Zahari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi, inilah peluang keemasan untuk menggandakan pahala dengan memberi wakaf al-Quran kepada hospital dan pusat kesihatan.
#QuranTime CORNER akan diaktifkan menjelang Ramadan ini di hospital dan klinik kesihatan sebagai inisiatif berinteraksi dengan kalam suci Allah.
Al-Quran Mu’jam menjadi pilihan untuk diwakafkan kerana lengkap dengan terjemahan per kata dan Tajwid berwarna bagi membantu para petugas, pesakit dan orang awam memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan, petunjuk dan penyembuh.
Sebanyak 15,000 naskah disasarkan untuk semua hospital dan klinik kesihatan seluruh Malaysia dengan hanya RM45.00 bagi satu naskah. Marilah berwakaf.
Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga untuk ibu ayah samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Juga buat syarikat-syarikat yang ingin menyumbang kepada komuniti atau hospital.
#QuranTime CORNER merupakan sebuah projek bersama TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Majlis Dakwah Negara, Solidariti Ummah untuk Ummah.
Bagaimana ingin berwakaf?
1. Daftar sebagai pewakaf di bit.ly/wakafquranhospital
2. Bank-in bayaran wakaf ke akaun
Maybank Islamik : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
No akaun : 564276516031
Ref : Wakaf Quran
(Semasa bank in, niatkan wakaf atas nama yang diniatkan)
3. Whatsapp slip bayaran ke
☎http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
Semoga kita dianugerahkan kesejahteraan saat hidup di bawah naungan Al-Quran. Biidznillah.
Mohon bantuan SHARE. Terima kasih.
Malaysia #QuranTime
#MusaadahCOVID19
#WakafQuranUntukHospital
#KekuatanSpiritual
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat rakan artis, Jihan Muse yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya.
Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi Insta Stories, pada Selasa.
“Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.
Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut ‘repost’ status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.
Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto kandidnya sekeluarga di Instagram beberapa hari lalu, sekaligus berkongsi perkembangan kehamilannya kepada peminat.
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...