Penyanyi dan penulislagu, Adam dan Kat Roshan,bekerjasama buat pertama kali menerusilaguterbaruberjudulHey U.
Lagu berkenaan adalah sebuahkisahpenuhemosi yang menggambarkanrealitidalam hubungancinta yang penuhkonflik dan ketidakpastian.
Menurut Adam, Hey Uberkisarkantentangseorangwanita yang begitumencintaipasangannya, manakalasilelaki pula berusahamengubahsikapburuknya yang seringcurang.
Namun, akhirnya, perubahan yang dijanjikantidakpernah menjadikenyataan.
“Laguiniadalahkisahcintasegitiga yang tipikaltetapi sangat ‘relatable’. Saya percaya ramai yang pernah mengalamisituasi yang serupa,” katanya.
Sementaraitu bagi Kat Roshan,laguiniturut mengupastarikan dan ketahanandalamhubungan yang penuh ketidaktentuan.
Ads
“Saya menyampaikanlirik yang mencerminkankekecewaan dan sindiranseorangwanita yang menyedarikecuranganpasangannyatetapimasihbelum mampumelepaskannya,” jelasnya.
Rakam Video Muzik di Paris
Dalam pada itu, penggambaran video muzikHey U dibuat di beberapa buah lokasiindah di Paris, Perancisdalam masa yang singkat.
Adam menyifatkanpengalamanitusebagaisesuatu yang menyeronokkantetapimencabar kerana merekaperlu bergerakdarisatutempatketempat lain denganpantas.
Bagi Kat Roshan pula, suasana di Paris begitumempesonakan sehinggamerekaberusahauntukmerakamkansebanyak mungkinmomen yang indah di lokasi penuh romantis itu.
“Kami hanyamempunyai satusetengahhariuntukmerakam video muzikini, jadi semuanyaterasaspontan.
Ads
“Malah pada ketika itu, saya turut mengalami sedikitmasalahkesihatanakibatmakanan, bagaimamanapun,sayaberjaya menghabiskanpenggambaran seperti yang dirancang,” katanya.
Harapan Terhadap ‘Hey U’
Laguini adalah hasilkerjasamadenganbeberapa individukreatif, termasukAsyraf Nasir sebagaipenulislirik bersamasertaRadityo dan Jayson Teoh sebagaipenerbit.
Video muzik pula diarahkan oleh Tobias Nash, yang sebelum inipernahbekerjasamadengan Kat Roshan dalam MV lagu ‘I’m A Rebel’.
Ads
“Saya mahulaguini membuatkan orang ‘tersenyum’. Iaringan, menyeronokkan, dan bolehdikaitkandenganbanyakkisahcinta di luar sana,” ujarnya.
Manakala Kat Roshanberharaplaguinimendapatsambutanbaik, sekaligusmenampilkansisidirinya yang lebihsantaikepada pendengar.
“Saya yakinramai yang bolehkaitkandenganmesej menerusilaguini. Harapan sayaadalah agar iadapatmenyentuh hatipendengar dan memberikanimpakpositif,” katanya.
Hey Ukinibolehdidengarkan di semua platform penstriman muzikutama dan MV naskhah berkenaan sudah pun menerima lebih 81,000 tontonan selepas sembilan hari dimuat naik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Marsha Milan akhirnya berkesempatan untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah sambil membawa bersama trofi kemenangannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), baru-baru ini.
Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram, Marsha dilihat memuat naik sekeping foto dirinya bersama kedua orang tuanya sambil mengenggam trofi tersebut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Sambil memberikan dedikasi, bintang program Akasemi Fantasia musim ketiga ini mendedahkan dia pernah membuat kedua orang tuanya berasa kecewa, sebelum ini memandangkan dia bukan terdiri daripada pelajar terbaik ketika di bangku sekolah.
“Came home and brought my trophies home for my mom n dad to see! I was never good at school and it was frustrating for me coz i felt like i was not good enough and let my mom n dad down.
“Although My mom n dad tak tau sangat what Is AJL (walaupun beribu kali explain AJL ialah Anugerah untuk lagu yang terbaik hasil karya dari anak seni Malaysia…tetap mcm AJL?)
“Tapi apa pun bila tunjuk my trophies the look on their face was just so precious indescribable feeling.. i love you mom & dad,” tulisnya.
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka.
Imbas kembali, Marsha memenangi kategori Persembahan Terbaik seterusnya Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik).
Pentas akhir AJL36 lalu dipancarkan dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur dan bersiaran langsung di TV3, pada 6 Mac 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas genap seminggu isteri melahirkan cahaya mata ketiga, pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya itu.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Haziq turut memaklumkan dia dan isteri, Ayunda Putri telah bersetuju untuk menamakan puteri mereka Charissa Azzahra.
“MashaAllah Tabarakallah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan
“Lahir 25 May 2022 9.52am, 3.05kg. Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulisnya.
Pada masa sama, penyampai radio Hot FM ini turut meletakka pengharapan agar anaknya itu membesar menjadi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut memuji wajah comel bayi berkenaan.
“Eiii mata dia so cute. Tahniah buat korang berdua.
“Selamat datang ke dunia Charissa.
“Cantiknya kamu wahai anak.
“MasyaAllah comelnya awak ni.
Comelnya ada lesung pipit tu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terhadulu, Putri telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada tanggal 25 Mei lalu.
Haziq dan Putri telah mendirikan rumah tangga mereka pada Julai 2016 dan terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikritik susulan tindakan hos yang dikatakan seperti tidak membuat persiapan rapi ketika sesi temu bual, pihak produksi program, MeleTOP tampil membuat permohonan maaf kepada pasukan sepak takraw negara.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan pada Khamis, pihaknya mengakui kesilapan tersebut dan ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pemain dan jurulatih yang hadir ke program MeleTOP, Selasa lalu.
“Kami di MeleTOP amat berbangga dengan kejayaan pasukan kebangsaan dalam Piala Dunia Sepak Takraw. Jadi, dengan rasa besar hati telah mengundang mereka Selasa lalu.
“Dikesempatan ini, kami ingin memohon maaf kepada pasukan kebangsaan Farhan, Haziq, Azlan, Syahir dan jurulatih Zulkarnain Arif serta semua peminat dalam sesi temu bual yang kelihatan kurang persediaan,” tulis pihak produksi menerusi kenyataan yang dikongsikan di Instagram.
Pada masa sama, pihak produksi juga berjanji akan memperbaiki kesilapan tersebut pada masa akan datang agar situasi sama tidak berulang lagi.
“Kami akur dengan kekhilafan dari pihak kami atas kekurangan dalam melakukan persiapan dengan lebih terperinci untuk sesi temubual ini.
“Kami akan mengambil iktibar dari perkara ini dan akan menambah baik di masa akan datang.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kebangsaan atas profesionalisme mereka dan kesudian untuk hadir ke Meletop.
“Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan atas pencapaian cemerlang mereka,” kongsinya.
Terdahulu, skuad sepak takraw negara mencipta sensasi selepas berjaya muncul juara pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bagi acara Regu dan Double Lelaki.
Skuad negara berjaya menewaskan Thailand di kedua-dua acara final di hadapan penyokong setia negara di Stadium Titiwangsa.
Bagaimanapun, hasrat untuk mencipta hatrik tidak kesampaian apabila skuad kendalian Ahmad Jais Baharun tewas 1-2 kepada Thailand dalam aksi final regu berpasukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.