Gara-gara didakwa mengasari dengan cara mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak, individu yang dipercayai seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas perkara tersebut dilaporkan pengurus stesen minyak berkenaan.
Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Ampang, Selangor pada Rabu kira-kira jam 4.00 petang.
Seorang saksi kejadian mendakwa, insiden berlaku ketika artis terbabit muncul di premis itu untuk mengisi petrol kenderaannya.
Ads
Atas perkara tersebut, netizen membuat pelbagai spekulasi dan ‘memetik’ beberapa nama memandangkan ia melibatkan seorang penyanyi ‘baru nak up’ yang masih muda remaja, termasuk Haqiem Rusli.
Bagaimanapun menerusi Twitter, bintang yang sinonim menerusi lagu Tergantung Sepi itu ada memuat naik satu status terkini awal petang tadi, seolah-olah memberi penjelasan andai apa pihak yang mengaitkan kes tersebut dengan dirinya.
Ads
“Kat rumah je ni, janganlah main tuduh-tuduh,” tulisnya ringkas lalu disusuli dengan pelbagai komen pengguna Twitter lainnya.
Sementara itu, lelaki terbabit telah pun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut. Difahamkan artis terbabit sudah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Foto: Instagram Haqiem Rusli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai isu seorang artis difahamkan telah membela haiwan terlarang, iaitu beruang matahari, di kediamannya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menahan seterusnya mengambik tindakan sepatutnya terhadap pelaku dan menurut beberapa artikel yang dikeluarkan, individu tersebut dikatakan menyangka binatang yang dibelanya merupakan seekor anjing.
Susulan insiden tersebut beberapa selebriti telah tampil memberi reaksi dan terbaru, pelakon Rita Rudaini telah meluahkan rasa sedihnya.
Perkongsian tersebut dibuat ibu kepada dua cahaya mata ini bersama peminatnya di laman media sosial Instagram.
“Kesian…mcm mana bole tinggal mcm tu? Kucing pon sisturr p tinggal kt hotel kucing..sbb depa bukan bole masuk dapoq kupas bawang tumih masak maggi klau lapaq.
“sisturr dok pikir lama jugak…klau dah tau tu BERUANG, p la serah kt yg berhak..klau xtau nk buat lagu mana, p balai polis mintak bantuan.
“klau ingat anjing pon xkn bole stop ambik? Pastu sah2 beruang, mmg ada binatang yg kita xbole simpan…xkan xtau? Klau xda akta, sisturr pon nak bela rimau n singa kt umah.
“naya beruang tu lapar…dia bukan biasa dok kondo…mana la dia tau nak cari mkn lagu mana….dh tau tu beruang,p kurung pulak.
“bukan nk p buat pesah cpt2 antaq kt yg berkuasa….bole plak balik raya tggal….sisturr mmg xle terima…sisturr syg binatang…
“sedih tgk…nasib baik xjatuh tingkap …pikir la cerdik skit…klau jumpa binatang2 yg xle simpan,cpt2 p antaq kt jabatan perhilitan…klau jumpa manusia berhati binatang pon,cpt2 antaq jugak,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon terkenal, Zul Ariffin mendedahkan ibunya merupakan individu yang menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengecap kejayaan sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Zul, dia senang melihat ibunya gembira bila setiap kali dia muncul di kaca televisyen atau memenangi anugerah.
“Saya berkecimpung dalam dunia seni ini hanya untuk buat mak bangga dengan saya. Dia boleh tengok saya di kaca tv dan tonton filem saya di panggung wayang.
“Sepanjang kerjaya saya, saya hanya mahu pastikan dia tersenyum tengok saya. Bila saya keluar tv atau menang anugerah, dia pasti akan telefon saya. Setiap pagi juga begitu. Saya akan bergelak ketawa dengan dia,” katanya.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, perasaan teruja untuk bergelar anak seni seakan hilang selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 2017.
“Saya rasa tiada guna berlakon lagi. Siapa nak tengok? Ketika itu adalah kemuncak kerjaya saya. Tahun 2017, siapa sahaja yang tak kenal saya?
“Saya bertanya kepada diri, nak berlakon lagi ke? Mak aku bukan ada pun nak tengok. Nak berlakon filem lagi ke? Mak aku bukan ada lagi nak ikut road tour dan tiada lagi di kerusi pawagam.
“Kalau menang anugerah, siapa yang saya nak telefon di belakang pentas. Saya rasa seperti tiada guna,” ujarnya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem J-Revolusi itu menerusi satu sesi temubual bersama stesen radio, Sinar FM.
Namun, Zul memaklumkan perasaan ‘kosong’ tersebut berubah selepas dia menyedari ramai golongan berusia seperti ibunya yang masih menyokong perjalanan seninya sehingga hari ini.
“Kemudian saya tersedar, bila saya lihat orang-orang di luar, ada ibu-ibu orang lain yang bangga dengan saya. Bukan sekadar peminat tapi saya juga terima penghargaan daripada golong-golongan berusia yang lain.
“Jadi, saya teruskan tanggungjawab kerjaya saya hanya untuk pastikan mereka ini gembira. Kita pun bukan hidup lama. Dapat gembirakan orang lain pun dah cukup baik,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Zul akui terkilan kerana tidak berkesempatan untuk membawa ibunya menunaikan umrah.
“Bila melibatkan keputusan-keputusan lain, perasaan saya biasa-biasa sahaja. Sebab saya fikir kalau terlalu merancang pun buat apa?
“Tahun 2017, saya rancang untuk bawa mak tunai umrah. Namun, 2017 juga mak meninggal. Kemudian saya terfikir nak pergi umrah dengan siapa dan untuk apa? Kalau aku kahwin, siapa nak datang?
“Nak berjaya sangat dalam kerjaya, mak tak akan tersenyum lagi. Nak ke mana-mana pun, mak tiada lagi. Itu kesan yang saya rasai. Saya rasa kosong.
“Seiring perjalanan waktu, saya tersedar bagaimana sayang kita pada mak kita dan sayang mak kita kepada kita, sayang lagi Allah dengan kita.
“Saya rasa tenang bila sampai ke tanah suci dan disebabkan saya tak dapat bawa ibu ke sana, saya berhajat untuk membawa sesiapa sahaja yang punyai keinginan untuk ke sana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM & Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah rumah tangga yang membabitkan Pencetus Ummah Abu Sufyan dan isterinya, Ain ‘Afini Latif sering menjadi perbualan hangat di kalangan netizen di laman media sosial.
MH telah berkesempatan untuk bertemu dengan Abu untuk mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai isu rumah tangganya, semalam
Lalu, Abu atau nama sebenar Mohd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menjelaskan hubungan dia bersama Ain dan juga Hana telah bertambah baik.
“Berkaitan isu saya dengan Ain dan Hana, saya anggap kami bertiga dah ada hubungan yang baik, tak ada bergadoh, saya dengan Ain pun okey,
“Saya ingat selepas saya selesai perbicaraan, perkataan yang keluar daripada mulut abang Ain, tiada dendam antara kita, maknanya saya dan Ain ada hubungan yang baik,
“Dan keluar juga perkataan daripada mulut Ain, kami ahli keluarga dah rehda dengan segala apa yang berlaku,
“So apa yang berlaku dengan saya, Ain serta Hana mungkin satu jalan cerita yang mungkin kami bertiga untuk ambil pengajaran untuk memberikan kehidupan kami yang lebih baik sebelum ni,
Dalam pada itu, pendakwah yang berusia 25 tahun itu memohon maaf kepada semua pihak dan menghentikan segala kritikan terhadap dirinya.
“Di kesempatan ini juga, saya nak memohon maaf kepada mereka diluar sana, netizen tambahan pula di bulan yang mulia ni jadi nak memohon maaf,
“Saya harap netizen dekat luar sana berikan saya ruang untuk berubah menjadi orang yang lebih baik, doakan saya yang baik-baik, doakan bayi dalam kandungan Ain baik-baik dan juga doakan hubungan baik kami terus menjadi baik supaya tidak lagi berlaku sesuatu yang tidak baik dalam hubungan kami,
“Terima kasih atas kecaman, kritikan, hinaan yang telah diberi, saya anggap segala kecaman itu adalah nasihat untuk saya menjadi manusia yang lebih baik,
Terdahulu, Abu dan isterinya telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 15 Mei yang lalu bagi untuk menyelesaikan urusan penceraian mereka.