“Kat Rumah Jer Dah Macam Rupa Bibik Dah,” – Jalani Perintah Kawalan Pergerakan, Atikah Suhaime Rindu Bersolek

Share

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19, sudah menjadi kebiasaan ramai yang berkongsi aktiviti masing-masing di media sosial.

Baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime misalnya ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime meluahkan rasa rindu untuk bersolek dan bersiap.

“I miss wearing makeup and dressing up. Kat rumah jer dah macam rupa bibik dah,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat memuji kecantikan wajah bintang berusia 29 tahun itu.

Untuk rekod, Atikah dilahirkan pada 15 Mac 1991 di Tampines, Singapura.

Foto : Instagram Atikah Suhaime

Published by
Nazar Rafiqhi