“Kat Sekolah Semua Nak Kawan Dengan Dia Sebab Cantik…,” – Akrab Hingga Baju Sekolah Pun Pernah Kongsi, DS Shahida Kenang Kisah Dengan Bienda Yang Jarang Diceritakan

Share

Datin Seri Nur Shahida dilihat ada mengimbau kembali detik perkenalan dengan rakan penyanyi, Bienda ketika sama-sama menganggotai kumpulan nasyid Solehah tak lama dulu.

Jelasnya, sewaktu berada di Tingkatan Satu, dia dan Bienda duduk bersebelahan di dalam kelas dan sangat rapat sehinggakan baju sekolah turut dikongsi bersama.

“lama x jumpa kawan saya ni @biendalavienda rasanya last pergi umrah sama2 3 tahun lepas.

“Saya kawan dengan bienda ni dah lama dari umur 13 tahun,duduk sebelah2 je dulu…dulu kat sekolah semua org nak kawan dan dekat dgn dia sebab dia cantik…pastu dia famous.

“Hahaha saya pun sama nak kawan dgn dia sebab dia cantik manalah tau kan dapat aura cantik tu sikit (gurau je) tapi dia mmg baik, kita org rapat sampai baju sekolah pun kita org boleh share….semua masalah kami share sama2.

“Cuma bila dah kahwin masing2 sibuk sebab ada komitmen dan kerjaya masing2,” tulisnya.

Malah kata isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, dia sering dimarahi Bienda kerana jarang berada dalam kelas.

“Dulu dia selalu marah saya sebab jarang masuk kelas sebab saya ni mmg sibuk kat sekolah, kejap kang main hoki, pastu bola baling,pastu dikir barat la,lompat jauh la…(macam2 la ko ni da) selalu dia sebut ayat tu.

“Alhamdulillah dah 22 tahun kami kawan,gaduh baik,gaduh baik…bila gaduh mesti tukar tempat duduk dlm kelas.

“Apapun semoga sahabat saya ni diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan mudahan persahabatan kita kekal sampai ke nafas yg terakhir,” kongsinya panjang lebar.

Muat turun ini turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata meninggalkan komen.

Kumpulan Solehah terkenal sekitar tahun 1997 dengan lagu Rukun Islam Dan Rukun Iman dan Islam Agamaku.

Foto : Instagram DS Shahida

Published by
Noraini Abd Wahab