Posting terkini penyanyi dan pengacara, Alif Satar menerusi Instagram menimbulkan tanda tanya ramai apabila secara spontan, para peminat termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah buat dirinya dan isteri, Shadila Halid.
Semuanya mungkin gara-gara sekeping kertas yang dipegang pelakon Pengantin Musim Salju itu dengan kapsyen yang bagai memberi makna.
“Back home with love,” tulisnya.
Malah, ada juga peminat yang turut bertanyakan perkara sama, sama ada isterinya itu kini hamil lagi.
Bagaimanapun, baik Alif dan isteri, keduanya mengambil pendirian untuk tidak memberi apa-apa komen terhadap komen yang ditinggalkan.
Hanya Shadila yang memberi komen emoji berbentuk hati.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 15 September 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan Takut ‘Dicaras’ Cuma…
Selepas dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Bintang Paling Popular di (ABPBH31) pada 2018, nama penyanyi, Wany Hasrita terus melakar pelbagai kejayaan.
Terbaru, nyanyian duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu mengungguli tempat ke-3 di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu.
Bagaimanapun apabila bercakap soal peribadi, bintang memilih untuk tidak terlalu berkongsi.
Mengulas mengenai persoalan tersebut, Wany mendedahkan dia akui kini sedang mengenali hati budi seseorang. Namun segalanya masih lagi di peringkat awal.
Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka kerana banyak perkara yang telah dipelajari daripada rakan-rakan selebriti sebelum ini.
“Sebab belum ada yang pasti pun lagi. Kenapa saya tidak mendedahkan, kerana ia lebih kepada pengalaman diri sendiri dan pengalaman artis-artis yang lain.
“Saya perhati juga dan ambil pembelajaran daripada situ.
“Saya terbuka untuk berkawan dan kini kami masih dalam proses perkenalan. Sebenarnya panjang lagi proses ni. Saya sangat-sangat takut untuk cakap apa-apa.
“Pada ketika ini, ibu pun dah kenal. Bila cakap pasal restu saya pun nervous lagi sebenarnya. Ibu saya pula sangat serius dalam hal ni.
“Yelah saya pun anak tunggal jadi dia mahukan yang terbaik untuk anak dia,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cinta Khayalan ini berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Wany turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bimbang jika pasangannya diambil orang andai terlalu terbuka bercakap hal cinta.
“Kalau kena caras tu (diambil orang) memang tak baik untuk diri kita. Memang saya redalah kalau berlaku. Terbuka atau tidak itu bukan masalahnya.
“Kalau dah memang ditakdirkan dia diambil orang dan dia pun membenarkan dirinya diambil orang, saya tak boleh nak buat apa-apa.
“Sebagai seorang selebriti, orang luar akan sentiasa melihat kepada kita. Sama ada jadi atau tidak, lebih baik saya diam. Sampai masanya nanti ia akan jadi juga InsyaAllah, jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wany mendedah dia berasa sangat teruja apabila dipilih sebagai duta baru Himaya kerana sebelum ini dia sering memakai pelitup muka Himaya hasil pemberian daripada duta pertama, Elfira Loy.
Pada edisi kali ini, pelitup muka Himaya telah didatangi dengan seleksi dua warna baru iaitu Blue Lagoon untuk Erra Fazira manakala Wany pula mewakili warna Apricot Dream.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenang Pemergian Arwah Ibu,Elly Mazlein Sebak Berkongsi – “Rasa Dunia Sangat Gelap, Saya Sangat Rapat Dengan Mama…”
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui dia sudah lebih dua dekad dalam industri dan dia berkongsi perjalanan seninya menerusi rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV, baru-baru ini.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menjelaskan, dia telah mulai terlibat dalam karier seni nyanyian seawal berusia 17 tahun.
“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik saya dah ada dalam industri lebih 20 tahun.
“Tapi sebelum saya ada album pertama tu, saya memang sudah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu,” kongsinya.
Menurut Elly, lagu nyanyiannya berjudul Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan banyak membantu menaikkan namanya dalam industri selepas ia dilancarkan menerusi album keduanya, pada tahun 2000.
“Sebenarnyakan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini sangat membantu saya dalam industri sebab masa itu sempatlah saya masuk peringkat separuh akhir Muzik-Muzikz
“Jadi, lagu ini lah yang banyak membantu menaikkan nama saya dalam industri sebelum jadi seorang pelakon,” katanya lagi.
Pada masa sama, Elly turut mengenang kisah permergiaan ibu tercinta, Allahyarhamah Sabariah Ahmad yang telah kembali rahmatullah, 8 tahun lalu.
“Arwah meminggal pada tahun 2014, sebenarnya Elly Mazlein ni seorang yang tak ramai kawan, saya ni seorang lebih rapat dengan keluarga jadi Mama ni lah kawan saya.
“Bila dia dah tak ada, saya rasa dunia saya sangat gelap sebab saya sangat rapat dengan Mama. Apa sahaja yang saya buat mesti dengan Mama, yang selalu bagi komen apa yang okey apa yang tidak.
“Selalu ikut saya pergi buat ’show’ sana sini, lepas tu tiba-tiba Mama tak ada tapi untuk saya masa itu saya susah nak terima dan semua orang tahu yang saya memang sangat rapat dengan Mama,” luahnya sambil menitiskan air mata.
Terdahulu, media melaporkan arwah ibu Elly telah disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas pada tanggal 11 Mei 2014.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uqasha Senrose Genap 30 Tahun, Terima Hadiah Nilainya Cecah RM11,000; “Terima Kasih Suamiku Sayang Sampai Dua Hadiah Dengan Big Deco.”
Pelakon Uqasha Senrose tidak menyangka menerima kejutan istimewa daripada suaminya, aktor Kamal Adli sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 6 Julai lalu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, turut berkongsi menerima hadiah berupa ‘tote bag’ serta sandal berwarna merah jambu daripada jenama mewah antarabangsa itu yang diberikan Kamal kepadanya.
“Mengenali suami saya, dia bukan begitu… maksud saya jenis yang nak deko, kumpulkan ahli family, buat makan-makan. Paling mengejutkan, dia juga tempah kek khas.
“Terima kasih suamiku sayang sampai dua hadiah dengan big deco (decoration) haih,” tulis Uqasha.
Selain itu, Uqasha turut memuat naik video dia sedang ‘unboxing’ hadiah pemberian Kamal sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih di atas ingatan tulus ikhlas suaminya itu.
“Not to show off tapi saya sangat menghargai pemberian suami. Tak kisah berapa harga sekali pun saya tetap akan post kerana effort dan tenaganya (Kamal),” tulis Uqasha lagi.
Kedua-dua hadiah yang diberikan Kamal itu dianggarkan mencecah harga lebih RM11,000 menerusi pemerhatian di laman web jenama mewah tersebut.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November tahun lalu di Janda Baik, Pahang.
Pasangan ini mula menjalinkan cinta selepas kedua-duanya bergandingan dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad yang ditayangkan pada 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI