Hiburan

“Kata Nak Berpisah Secara Baik, Kenapa Nak Kena Jelaskan & Buka Aib?” – Lana Nodin

Share

Pelakon Lana Nodin tampil memberikan komen membabitkan isu hangat, baru-baru ini.

Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, tindakan tersebut hanya akan memberikan kesan buruk terutamanya buat anak kecil bila sudah meningkat dewasa nanti.

“Kalau awak cukup matang, lebih baik diam sahaja daripada membuka aib bapa kepada anak sendiri. Esok budak tu sudah besar tengok malu sahaja.

“Kata nak berpisah secara baik, kenapa nak kena jelaskan dan buka aib? Esok orang buka aib kau baru kau tahu,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Chow Kit itu menerusi ruangan komen di Instagram rasmi sebuah program hiburan.

Pada masa sama, Lana turut menasihatkan agar individu terlibat untuk reda dengan setiap perkara yang berlaku.

“Teruskan kehidupan, Allah sahaja tahu kalau kau sedih tapi bila awak memilih untuk bagitahu satu dunia, mungkin anda bukanlah mangsa. Jadilah bijak,” kongsinya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & kredit Foto: Instagram Lana Nordin

Published by
Aizam Manaf