Penerbit popular, Fadzil Teh meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pelakon tanah air yang disifatkan terlalu berkira dalam isu mempromosikan drama atau filem lakonan mereka sendiri di laman media sosial peribadi.

Menurut Fadzil atau lebih mesra disapa Haji Zil, ada juga diantara mereka yang enggan melakukan perkara sedemikian kerana bimbang ia akan menjejaskan struktur posting di laman media sosial milik mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fadzil Teh (@hj.zil)

“@beingsalmankhan hari hari promo filem dia. Artis kita nak promo filem sendiri pun malaih.

“Katanya kotoq ig macam la hang tu duta projek juta juta. Kadang artis Malaysia ni bodoh ls,” tulisnya.

Ads

Luahan tersebut disuarakan oleh pemilik syarikat Zeel Production itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

“Katanya Kotor IG, Macam La Hang Tu Duta Projek Juta-Juta,” – Ada Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Haji Zil Bidas Siapa Tu? “Katanya Kotor IG, Macam La Hang Tu Duta Projek Juta-Juta,” – Ada Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Haji Zil Bidas Siapa Tu?

“Katanya Kotor IG, Macam La Hang Tu Duta Projek Juta-Juta,” – Ada Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Haji Zil Bidas Siapa Tu?Malah, Haji Zil turut memuji bintang Bollywood, Salman Khan yang dilihat tidak jemu-jemu mempromosikan filem lakonannya di laman Instagram miliknya sendiri.

Ads

Katanya lagi, sekiranya barisan pelakon kerap mempromosikan filem atau drama lakonan mereka di platform media sosial peribadi, perkara tersebut tetap akan memberikan kebaikkan dan keuntungan buat mereka dikemudian hari.

“Depa tak tau if drama ke filem depa ka meletop yang dapat job banyak yang harga naik depa.

Ads

“Meluat dengan kerenah artis artis mcm ni,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan yang diberikan oleh Haji Zil selain turut berharap agar ia dapat memberi kesedaran buat pelakon-pelakon yang lain.

“Katanya Kotor IG, Macam La Hang Tu Duta Projek Juta-Juta,” – Ada Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Haji Zil Bidas Siapa Tu? “Katanya Kotor IG, Macam La Hang Tu Duta Projek Juta-Juta,” – Ada Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Haji Zil Bidas Siapa Tu? “Katanya Kotor IG, Macam La Hang Tu Duta Projek Juta-Juta,” – Ada Pelakon Berkira Nak Promosi Di IG Personal, Haji Zil Bidas Siapa Tu?

Sumber: Instagram Haji Zil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI