Katy Perry Menang Rayuan Saman Hak Cipta Bernilai Lebih RM11 Juta Ke Atas Lagu Popularnya, Dark Horse

Share

Khabar gembira akhirnya berpihak kepada Katy Perry apabila kes saman terhadap dirinya yang sudah berlangsung hampir enam tahun selesai.

Penyanyi terkenal itu tidak lagi perlu membayar saman berjumlah lebih RM11 juta kepada penyanyi rap, Flame atau nama sebenarnya Marcus Gray.

Pada 2016, Marcus mendakwa Katy Perry memplagiat lapan not ostinato daripada lagu Joyful Noise

miliknya yang diterbitkan pada 2009 dan menggunakan not tersebut di dalam lagu Dark Horse yang menjadi antara lagu hit pada 2013.

Marcus menyaman Katy dan defendan bersama termasuk Capitol Records pada 2016 dan pada mulanya dianugerahkan lebih RM11 Juta juta dalam keputusan juri tiga tahun kemudian.

BACA JUGA: Rasmi Bercerai, Kelly Clarkson Diperintah Bayar RM481 Ribu Sebulan Kepada Bekas Suami Sehingga Januari 2024

Namun begitu Katy merayu dan hakim mahkamah daerah persekutuan mengosongkan keputusan itu pada Mac 2020.

Seorang hakim dari mahkamah rayuan ninth circuit kini telah memutuskan bahawa Marcus cuba menuntut “monopoli yang tidak wajar” ke atas “blok pembinaan muzik” yang konvensional.

Ostinato dalam lagu Katy dan Marcus masing-masing “terdiri sepenuhnya daripada unsur muzik biasa, dan persamaan antara mereka tidak timbul daripada gabungan asal unsur-unsur ini”, menurut kenyataan dari keputusan yang baru dibuat.

Hakim memutuskan bahawa untuk membenarkan hak cipta ke atas tuntutan ini akan menghadkan kreativiti muzik.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: The Guardian, Kredit foto: Instagram Katy Perry

 

 

Published by
Fiezreen