Penerbit dan penulis skrip, Erma Fatima menyifatkan drama Lelaki Itu mempunyai mesej yang lebih besar dan bukan hanya sekadar kisah cinta klise yang sering dimainkan di kaca tv.
Menurut Erma, penonton saat ini memerlukan sebuah karya yang mampu membuka minda mereka dan memberikan perspektif baharu tentang kehidupan.
“Aku tak berminat untuk bercerita hanya tentang penyondol suci. Tidak juga tentang keganasan rumah tangga atau tanggungjawab sang manusia semata mata.
“Tidak juga tentang cinta kerana aku yakin semua manusia percaya pada cinta suci. Kita semua sanggup lakukan apa saja kerana cinta.
“Sebab tulah wujudnya Laila Majnun. Uda dan dara. Aku sendiri pernah menjadi buta kerana cinta. Tu biasa,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, setiap watak di dalam drama Lelaki Itu mempunyai peranan yang sangat penting sekali gus menyentuh permasalahan yang kerap berlaku di dalam masyarakat kita saat ini.
Ads
“Aku juga tidak mahu mengambil kerja Tuhan. Hukum dan melaknat watak-watak ciptaan aku. Mereka semua adalah warna karya aku dan warna kehidupan kita semua.
“Siapa diantara kalian yang pernah menjadi Qaida, Imani, Sarina, Batrisha, Khairullah dan Syed Mirza? Pasti ada! Aku sangat yakin! Cuma, beranikah kita melihat diri kita dan siapa kita?
“Mampukah kalian mengakui yang kalian juga pernah menjadi manusia yang tamak harta dunia, mementingkan diri sendiri, tak bertanggungjawab, buta kerana cinta dan tak kenal tuhan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Erma turut mendedahkan drama Lelaki Itu juga turut menyentuh isu kesihatan mental yang jarang diperjatakan dan masih dianggap isu remeh bagi segelintir pihak.
Ads
“Aku hanya seorang penulis skrip yang berusaha menghadam liku-liku kehidupan bangsa aku. Kerana itu semua adalah manusia.
“Tak kira sama ada kau kenal Tuhan atau tidak, kau akan sakit menghadapi situasi ini. Bagaimana kau menghadapi dugaan Allah? Di situ akan terserlah tahao iman kau.
“Depressi inilah penyakit yang melanda kita tanpa kita sedar. Mental illness tak nampak. Tak sakit di luar tapi sakitnya di dalam. Apakah ubatnya? Kembalilah pada Tuhan,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Lelaki Itu merupakan sebuah drama yang berkualiti dan mementingkan mesej kepada penonton.
“Cantik cerita ini sebab mengeluarkan cerita-cerita masyarakat yang memang berlaku tapi didiamkan. Hebatnya Erma sebab bawa pelakon-pelakon hebat yang melakonkan watak sehingga meresap ke jiwa penonton.
Ads
“Karya yang hebat. Tak semua orang berani nak ketengahkan isu masyarakat macam ni. Banyak produser lebih memilih cerita untuk kejar rating. Isu masyarakat ini buatkan semua orang belajar tentang hukum, undang-undang dan tanggungjawab lelaki.
“Terima kasih kerana mencipta watak-watak ini dan mengolahnya. Kami sangat hargainya.
“Dah lama tak layan drama sebenarnya tapi drama ini berjaya buat saya tonton dan layan. Suka jalan cerita yang dimasukkan,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, drama Lelaki Itu sedang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.
Drama ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah, Nur Fazura dan Nabila Huda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular kelahiran Indonesia, Renaldy Putra Ramadhana memaklumkan dirinya teruja apabila diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya di Malaysia.
Menerima tawaran membintangi filem Gadis Felai yang melakukan penggambaran ketika ini, Renaldy tidak menyangka apabila mendapat tawaran daripada syarikat produksi Malaysia.
“Sudah tentu tawaran ini tidak akan saya tolak sama sekali. Pada saya, ia pengalaman yang sangat berharga dapat bergandingan dengan pelakon di sini.
“Sejujurnya saya tidak mengenali sangat pelakon Malaysia, kecuali beberapa nama seperti Meerqeen yang mana dramanya, Melur Untuk Firdaus popular di Indonesia.
“Bagaimanapun saya sedia bergandingan dengan heroin filem ini iaitu Isyariana serta pelakon popular lain di sini,” katanya.
Renaldy menambah, kehadirannya dalam filem tersebut diharapkan mampu menjadi batu loncatan untuk dirinya lebih dikenali di negara ini.
“Saya sedar ramai juga pelakon Indonesia yang cukup popular dan terkenal di sini. Jadi, tidak mustahil dengan membintangi filem ini menjadi platform untuk peminat Malaysia mengenali saya.
“Pada masa akan datang, saya juga tidak kisah jika terus mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia, sama ada filem atau sinetron (drama),” katanya lagi.
Selain Renaldy, pelakon Indonesia yang turut membintangi filem arahan Zamri Zakaria itu termasuk Tsania Marwa.
Filem yang mula menjalani penggambaran 13 November lalu itu turut membabitkan lakonan Azrel Ismail, Norkhiriah dan Zaryn Min.
Menerusi naskhah berkenaan yang mengisahkan pelaburan Forex, Renaldy membawakan watak sebagai jejaka dari seberang bernama Eko.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini penyanyi Indonesia yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Agnez Monica telah memuat naik sekeping foto yang menjadi perhatian peminatnya seluruh dunia.
Penampilan Agnez yang cukup daring dan seksi mendapat lebih 300 ribu tanda suka di Instsgram, setakat ini.
“Nothing beats summer in LA!!!! #hotgirlsummer #AGNEZMO,” tulisnya.
Sementara di ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan memberikan pelbagai reaksi terhadap foto berkenaan.
Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika itu baru sahaja berkolaborasi menghasilkan lagu bersama penyanyi antarabangsa Chris Brown, untuk sebuah single sebelum muncul dengan single terkini.
Pelakon Fasha Sandha menzahirkan rasa kagum terhadap ‘rider’ makanan kerana sanggup keluar seawal subuh demi mencari sesuap nasi.
Malah apa yang lebih menjentik hati pelakon Scammer ini, dia turut perasan ‘rider’ berkenaan membawa sebekas makanan kucing untuk diberikan kepada haiwan berkenaan di jalanan.
Fasha sebagai pencinta kucing rasa tersentuh dan sempat melambaikan tangan kepada ‘rider’ berkenaan.
“Maafkan saya abang FoodPanda, saya ambil gambar ni curi2, sebab sy terlalu kagum dengan abang yang keluar seawal pagi selepas subuh untuk mencari rezeki dan membawa bekalan untuk diberikan pada kucing dibakul hadapan.
“Kerana saya pencinta kucing, jadi saya macam emo sedikit.. Saya sempat melambai tangan pada abang ni, dalam hati sy, sy doakan agar abang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut meminta kepasa sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan untuk menghubunginya secara peribadi di Instagram.
“Siapa yang kenal abang ni, tlg DM sy please please, saya ada perasan number plate je, number 5513. Please DM ya. I love FOODPANDA. Terima kasih FOODPANDA, anda adalah hero kami,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, peminat termasuk rakan selebriti turut sama tumpang kagum dan mendoakan agar urusan ‘rider’ tersebut dipermudahkan.
“Semoga abang ni sentiasa dipermudahkan segala urusan, diberkati dan dilimpah kurniakan rezeki yang tak putus-putus, insyaAllah mudah-mudahan, amin,” tulis pelakon Fazura.
“Sebak pula baca, susahnya semua orang sekarang. Termasuk kucing-kucing jalanan mesti sedih ramai manusia cuti dan tak keluar rumah, takde manusia bagi makan,” tulis seorang warganet.
“Semoga murah rezeki all riders, ameen,” doa seorang warganet.
“Kita baca status nu pula yang rasa sebak. Semoga Allah sentiasa memelihara melindungi dan memudahkan setiap urusan frontliners kita semua,” respon seorang warganet lain.
“Alhamdulillah, insan mulia akan dibalas mulia…,” tulis seorang warganet.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...