Pelawak dan penyampai radio, Shuib menegaskan dirinya akan terus mencari individu bernama John Dihani yang turut dikatakan telah memuat naik posting melampau dan meninggalkan fitnah terhadap dirinya serta isteri, Allahyarham Siti Sarah.
Jelas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, pihak peguam telah mengenal pasti pemilik akaun John Dihani dan tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan.
“Ada lagi orang yang saya rasa tak beradab. Kau dah rasa macam betul sangat bila nak ‘menganjing-anjing’ aku dekat Instagram. Bila aku tanya benda ini, kau anggap ia tiada apa-apa.
“Kepada John Dihani, saya nak sangat awak. Awak orang Bangi kan? Saya tahu alamat dan nombor telefon awak. Hari ini, peguam saya akan cari awak. Surat akan sampai.
“Bagi saya, John Dihani ini sangat kurang ajar. Dia sebut fasal keluarga dan arwah isteri saya tentang perkara yang betul-betul tidak berasas. Malah, dia buat seperti dia tiada masalah dengan saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Shuib turut memaklumkan dia kurang berpuas hati dengan cara pemilik akaun John Dihani berhubung dengannya sebelum ini.
Ads
“Cara dia membalas ‘direct message’ (DM) memang seperti tiada hal dengan saya. Jadi, saya memang nak mencari dia. Kalau dia rasa dia handal sangat, marilah jumpa saya.
“Saya tidak akan buat apa-apa tapi saya akan pastikan apa yang saya nak, saya dapat. Saya dah bercincang dengan peguam dan perkara ini memang boleh disaman untuk dijadikan pengajaran,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa bengang terhadap tindakan John yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah ketika menyebarkan perkara yang tidak benar.
“Ada orang yang meninggalkan komen pada posting John Dihani yang mengatakan saya dah lama jadi ahli freemason. Katanya individu itu lagi, ‘SS’ telah menjadi mangsa korban dan sebenarnya ‘SS’ tidak mahu ditidurkan.
Ads
“Kemudian John membalas komen tersebut, ‘Pandai. YTJT (yang tahu je tahu)’. Dia mengiyakan kenyataan individu tersebut. Dia nak kata Siti Sarah ni mangsa korban saya ke? Kau nak tuduh aku bunuh dia?
“John, kau ingat hal ini kecil ke? Kau memang pandai dan paling power ni. Otak kau tu dah kira paling handal dah tu. Semalam kau DM aku pun macam paling handal,” akhirinya.
Terdahulu, dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung hari ini, Shuib telah pun memaafkan Zulhairi Abu Osman yang juga merupakan individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah Siti Sarah.
Ads
Zulhairi sebelum ini telah memuat naik satu hantaran yang mendakwa Shuib merupakan ahli Freemason dan mengaitkan kematian Allahyarham Siti Sarah dengan konspirasi vaksin.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sementara itu, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu pembedahan plastik di Indonesia menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila beberapa orang selebriti terkenal yang secara terbuka mengaku melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajah mereka.
Terbaharu, dalam satu video yang dimuat naik oleh pengguna tiktok @amandaa9669, penyanyi dangdut dan pelakon popular Indonesia, Dewi Persik berkongsi yang dia juga pernah ditawarkan sejumlah bayaran untuk melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung namun menolaknya.
“Aku dulu pernah ditawarkan, ditawarkan duit dan juga endorsement. Hidung aku kan sudah mancung dan menerusi pembedahan itu akan dinaikkan lagi,” ujarnya dalam satu video.
Menurut pelantun lagu Mimpi Manis itu lagi sambil menunjukan bahagian hujung hidungnya, dia bukan hanya ditawarkan untuk diterbangkan ke Korea bahkan dia akan dibayar sebanyak 1 miliyar rupiah bersamaan hampir RM288 ribu jika setuju dengan kontrak.
“Tidak, ya, tidak bagus, ya? Mereka beri duit 1 miliyar rupiah. Dia kata untuk kontrak aku ke Korea untuk mancungkan hidung, tetapi aku tidak mahu,” ujar bekas isteri Saiful Jamil ini.
Menyerlahkan yang dia sudah berpuas hati dengan hidung semulajadi yang dimiliki, bagi dirinya wang bukanlah masalah sebaliknya dia menolak kerana tidak mahu jika hidungnya berubah selain takut ada kesan jangka panjang.
“Bukan masalah 1 miliyar tetapi kalau nanti hidung aku yang mancung kemudian dilakukan pembedahan dan menjadi busuk bagaimana? Ya Allah, jangan,” tambahnya lagi yang khuatir dengan kesan sampingan pembedahan.
Rata-rata netizen dalam ruangan komen video tersebut memuji cara pemikiran selebriti berusia 38 tahun ini mengenai pembedahan plastik. Tambahan lagi, ramai memuji bahawa bentuk hidungnya sudah cukup cantik terletak.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya yang telah meninggal dunia pada 5 tahun lalu.
Ebit berkongsi momen ketika menziarahi pusara arwah ibunya ketika pulang ke kampung halaman dan turut mengimbau kenangan manis bersama.
“Lalu kampung singgah ziarah kubur mak. 5 tahun kita berpisah. 29 Nov 2015. Rindunya. Ya Allah. Menangis rindu. Macam mana keadaan mak disana. Ya ALLAH Ya Maha Baik. Inilah mak cinta hati.
“Selalu usap dan cium kepala saya. Dan selalu cakap, kasihan ebit. Sabar yer nak. Jangan sedih yer anakku. Allah kan ada. Jagakanlah mak. Hadiahkan mak syurga FirdausMu.
“Yer mak, ebit akan teruskan usaha ini sampai kita dikumpulkan kembali dapat bersama disana.
“Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja yang aku lakukan, aku hadiahkan buat mak yang tercinta. Sihatkan ayahku.
“Dunia ini sementara akhirat selamanya. Mereka pergi dulu, nanti kita akan berkumpul bersama mereka orang yang kita sayangi. Akhirat kehidupan yang sebenarnya,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah, 38, mendedahkan anak sulungnya, Shaikul Islam, 6, mengetahui mengenai kemelut rumah tangga ibu bersama bapa mereka, pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, anak sulungnya itu bertanya kepada atuk mereka, Datuk Yusof Haslam sejurus mengetahuinya melalui internet.
“Anak pertama sudah tahu sebab Shaikul sendiri beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah. Lalu Datuk dan Datin beritahu Shaikul, walau apa pun yang terjadi, Ma dan Atuk memang sayangkan Shaikul dan Summayah.
“Kami sekeluarga ada, jangan risau dan tak usah ambil peduli apa itu semua.
“Shaikul dapat tahu awal-awal daripada Atuk dia. Jadi saya tidak pasti bagaimana reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara tersebut. Anak-anak pun masih kecil.
“Malah saya rasa dia ada dengar cerita menerusi YouTube dan mungkin bertanya. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik,” katanya.
Ditanya apa perasaannya selepas bertemu suaminya pertama kali selepas setahun di dalam kamar mahkamah, Puteri Sarah menjelaskan perasaan itu sudah tidak wujud.
“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini,Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...