Menjadikan negara India sebagai satu destinasi yang mencipta banyak kenangan, pelakon Azhan Rani turut berkongsi sisi ‘hitam’ di sebalik negara itu.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, pelakon drama bersiri Nur itu mengakui bahawa salah satu bandar di negara itu iaitu Kathmandu, Nepal dilihat agak serabut apabila terdapat beberapa gelung wayar kabel elektrik yang berbelit.
Sekali gus, ia menyebabkan bekalan arus elektrik mudah putus.
“Kau rasa ko layak nak cakap pasal serabut? “Kau belum tahu apa tu maksud serabut melainkan ko apply kerja tnb kat #kathmandu ni..
Ads
“Masa di bandar #kathmandu ko jangan seronok sangat bila dok dalam bilik hotel dengan aircond dan electricity.. kejap2 blackout.. dan blackout dia bukan kejap2.
“Ada time dari petang ni sampai tengahari esok.. bila ko jalan2 kat bandar ni ko akan tengok gigih orang tnb dia pakai baju orang awam biasa je tengah repair kabel2 tu..
“Sebenarnya repair tu tak lama. yang lama dia bergaduh sesama sendiri nak teka kabel yang mana problem.. try ini tak kena. try yang tu pun bukan.. begitulah seterusnya sampai abang jamil mampos,” tulisnya sambil disertakan beberapa keping gambar di sekitar kota di India.
Penyanyi Aina Abdul sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjalin kerjasama bersama Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) tahun ini.
Teruja dan bersyukur atas kolaborasinya bersama jenama berkenaan, wajah penyanyi lagu Sepi itu juga kini terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak mereka juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.
“Masalah kulit wajah saya juga semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri. Sementelah komitmen saya yang bertemu ramai orang dan membuat persembahan di atas pentas,” katanya.
Aina ditemui di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.
Majlis sama turut melancarkan Truskin Trio Happyness Edition selain meraikan ejen terpilih.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Lah tidak menafikan sebelum ini ada kata-kata sumbang kedengaran apabila pihaknyamenampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka hujung tahun lalu.
“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.
“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya.
Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari turut gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan penerima trofi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) ini.
“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya,” katanya.
Truskin Trio Happyness Edition mengandungi micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner yang mampu meningkatkan aras kelembapan kulit selama 72 jam.
Ia penting bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal 7 hari.
Edisi ini juga datang dengan hadiah percuma istimewa iaitu lip tint.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit tersohor, Aziz M. Osman menyifatkan aktres popular, Nora Danish sebagai pelakon yang paling disukainya sepanjang lebih tiga dekad dia bergelar seorang sutradara.
Menurut Aziz yang mula-mula memperkenalkan bintang tersebut menerusi sitkom Puteri, Nora merupakan seorang pelakon yang sangat merendah diri meskipun dia kini sudah berada di tahap yang jauh lebih berbeza.
“Senarai teratas artis yang paling saya suka bekerja adalah Nora Danish. Saya suka bekerja dengan Nora sebab dia jenis yang tak berkira.
“Saya mula-mula panggil dia sewaktu membintangi drama ‘Puteri Sitcom’. Ketika itu dia belum lagi popular. Dia pernah berlakon tetapi namanya belum terkenal.
“Bila kita tengok evolusi Nora Danish daripada watak Puteri sampai sekarang. Kemudian namanya semakin popular. Sejak daripada itu saya tidak lagi panggil dia berlakon.
“Terbaru, saya ada panggil dia untuk berlakon di dalam filem Bukan Cinta Malaikat. Dia datang tanpa banyak soal. Dia tetap beri kerjasama sepenuh hati,” katanya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, 18 Puasa Di Kampung Pisang itu menerusi satu temu bual di program, Begitu Begini DJ Nazz terbitan stesen radio, Gegar.
Bagaimanapun, Aziz mengakui dia berasa sedikit ralat kerana sehingga kini dia masih lagi belum menjumpai watak yang sesuai untuk diciptakan khas buat Nora.
“Saya bercakap seperti ini kerana saya tahu Nora yang sekarang ini siapa. Dia seorang pelakon yang sangat-sangat elegan. Tetapi bila bersama saya, dia sangat merendah diri dan tidak menunjukkan level dia yang sekarang.
“Bagi saya, dia masih lagi seorang Nora Danish yang simple seperti yang saya mula-mula kenal sewaktu mengarahkan sitcom Puteri. Saya sangat senang bekerja dengan dia.
“Bagaimanapun, malangnya, saya tiada watak yang sesuai untuk diciptakan khusus buat dia sekarang ini. Nora ini seorang wanita yang sangat sweet. Kalau dia jadi orang kampung, penonton tidak akan percaya. She’s not the kampung type.
“Kalau saya nak buat cerita urban sangat pula, saya kurang gemar. Contohnya macam drama CEO yang pukul 7 tu. Saya tidak pergi ke cerita-cerita macam tu. Jadi, itulah dilema saya selama ini untuk mencari watak yang sesuai buat Nora,” jelasnya yang turut menyenaraikan Faizal Hussein dan Kazar sebagai 3 pelakon yang paling disukainya.
Ketika ditanya adakah sifat yang ditunjukkan oleh Nora itu disebabkan dia terhutang budi bersamanya, ini reaksi jujur yang diberikan oleh Aziz;
“Tidak sama sekali, saya tidak pernah meletakkan diri saya sebegitu. Saya tak pernah menganggap yang saya ini yang memperkenalkan pelakon-pelakon yang sedia ada ni.
“Kerana rezeki ini masing-masing. Mereka yang menaikkan nama mereka sendiri. Saya cuma menolakkan mereka ke jalan masing-masing. Mereka jadi bagus kerana diri mereka sendiri.
“Nama-nama yang saya sebutkan ini mereka merupakan pelakon yang tidak memberikan masalah kepada saya.
“Saya sebenarnya pernah bekerja dengan beberapa artis yang memberi masalah sehingga susah untuk saya berkarya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Youtube Gegar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kebetulan hari ini nak sambut hari jadi adik, jadi di situ ada satu kek untuk Isa. Dan dalam kek tu, ada iphone 12.
“Saya akan minta Isa potong kek itu dan bila potong, akan nampak iphone dalam ke itulah,” katanya sambil memberikan kredit.
Dalam video yang dikongsikan, Isa dilihat terkejut dengan kejutan yang dibuat Risteena sebagai tanda mengenang perhubungan yang terjalin di antara keduanya.
“Saya nak bagi kek ni sebab awak jaga saya dengan baik, sentiasa bersabar dengan perangai saya yang gila ni kan.
“Terima kasih banyak-banyak,” titip Risteena sebelum meminta Is untuk potong kek coklat yang dihadiahkan.
Sementara itu menerusi ruangan komen, kakak kepada Ruhainies ini turut menyatakan rasa gembira dengan kejutan yang dibuat terhadap Isa.
“Thank you so much @wayne.gadget berpakat dengan I untuk surprise kan Isa. He’s so happy!
“Memang dia tak expect langsung! Korang yang nak beli phone, boleh beli dari @wayne.gadget sebab harga diorg best and confirm original,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 20 November lalu setelah setahun bertunang.
Bagaimanapun, Risteena menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini menjelaskan majlis yang sepatutnya berlangsung sehari selepas ulang tahun kelahirannya itu terpaksa ditangguh berikutan situasi semasa yang melanda seluruh negara ketika ini.
Foto: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!