Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang meluahkan pendapat menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
Kongsi individu tersebut yang dikenali sebagai Abdul Ghafur, dia sering menerima ‘direct message’ daripada lelaki yang sudah bergelar suami.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut berkongsi beberapa keping foto perbualan bersama golongan yang dimaksudkan.
“Aku kenal ramai laki yg ada gf, wife, dan anak yg taktau dorg ni bisexual. Aku jadi kesian dgn perempuan.
“Selalu kena game dgn fuckboys, bisexuals, laki buruk. Astu aku yg straight mcm bendul ni pulak kena cop gay.,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon Ikmal Amry turut memberi reaksi dengan perkongsian individu berkenaan.
Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali memaklumkan bahawa dirinya juga ada mengalami situasi sama.
“Kau belum tngok dm aku lgi. Ada sampai nak bukak cheque,” tulisnya.