
Satu posting di Instagram penyanyi, Datin Alyah mendapat perhatian wargamaya baru-baru ini.
Membuat luahan yang seolah-olah kecewa, penyanyi lagu Meluruh ini berkongsi kapsyen berkaitan rezeki dan bakat yang telah dianugerahkan.
“Kau boleh tutup semua peluang yg aku ada. Tapi kau tak akan mampu ambik bakat yg aku punya.
“Kerna ianya dtg dari maha pencipta. Yang sudah lama kau mengambil tugasnya iaitu Menghukum,” luah penyanyi ini.
Meski tidak memberikan perincian terhadap perkara tersebut dengan spesifik, namun para peminat turut memberikan pandangan sendiri terhadap perkongsian isteri Datuk Ramli MS itu.
Foto: Instagram Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Tegur ‘Hai’, Minta Nombor Telefon Dia. Padahal Aku Dekat Tepi Ingat Aku Ni Batu Ke Apa?” – Alif Hadi Perjelas Hubungan Dengan Zizi Kirana

Pelakon Alif Hadi akui dirinya sudah tujuh tahun berkawan rapat dengan penyanyi, Zizi Kirana.
Bahkan jelasnya lagi, dia tidak menolak jika selepas ini hubungan mereka akan ke fasa seterusnya kalau ada jodoh.
Pun demikian, pelakon Bulan & Pria Terhebat itu bagaimanapun tidak mahu terburu-buru.
“Sebenarnya saya memang berkawan rapat dengan Zizi dan kami masih saling mengenali hati budi masing-masing. InsyaAllah kalau ada jodoh, saya tidak menolak.
“Hampir tujuh tahun berkawan rapat. Bagaimanapun kami tidak mahu terburu-buru memandangkan masing-masing ada kerjaya yang perlu diutamakan terlebih dulu. Kalau ada jodoh adalah.
“Saya gemar berkawan dengan dia kerana perwatakannya itu sendiri. Jadi saya selesa dan kami sekepala, punya minat yang sama dan saya senang untuk get along dengannya.
“Jadi atas apa yang orang luar bercakap mengenainya, saya tidak kisah sebab saya kenalinya dari hati dan dirinya sendiri,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Alif,32, ditemui pada pelancaran filem berkenaan di The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ditanya mengenai penerimaannya terhadap penampilan penyanyi Eh itu, Alif ada jawapannya sendiri.
“Seksi tu… Siapa tak nafikan, saya rasa lelaki semua suka seksikan? Misalnya kalau jalan bersama tapi pandang awek seksi, baik aku pandang dia.
“Kalau pandang orang lain nanti ‘kena lempangkan’. Jadi bagi saya itu tiada masalah.
“Saya terima dia seadanya, sangat selesa berkawan. Bagi saya perwatakannya sebagaimana di sosial media dan realitinya, sama saja. Sebab itulah saya suka dengan sikapnya itu,” terangnya lagi.
Pada masa sama, bintang ini juga lebih selesa untuk tidak mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.
“Ada je kalau saya keluar dengan dia, ada yang tegur ‘hai’, minta nombor telefon dia. Padahal aku dekat tepi ingat aku ni batu ke apa.
“Apa pun, saya tidak mahulah libatkan hal peribadi dengan kerjaya. Kadang-kadang mungkin ada yang akan salah faham. Kalau boleh saya cuba pisahkan perkara itu,” katanya.
Mengulas mengenai populariti yang dilakar Zizi ketika ini apabila barisan lagu-lagunya kian mendapat perhatian, Aliff akui tiada istilah makan hati.
Sebaliknya dia tumpang bangga atas kejayaan yang dilakar temannya itu.
“Saya tidak makan hati kerana saya terima dia seadanya. Dari dulu saya kenal dia macam mana. Dengan populariti yang diraih Zizi, saya gembira untuknya.
“Tiada istilah makan hati, malah saya lagi suka lihat dia berjaya,” akhiri Alif.
Terdahulu, filem Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production turut dibintangi Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman dan Zizan Razak.
Pelakon lain yang turut terlibat termasuk Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alfatihah, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz Meninggal Dunia Sekitar Jam 7.30 Pagi Tadi

Pendakwah terkenal yang juga bekas penasihat Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini di kediamannya kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian Online, anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan, berkata Allahyarham meninggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.
“Subuh tadi, beliau bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.
“Pasukan perubatan yang datang dengan ambulans, cuba melakukan bantuan penafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga dalam perjalanan ke hospital.
“Selepas hampir satu jam melakukan CPR, ayah saya tidak memberikan sebarang maklum balas dan kira-kira jam 7.30 pagi, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia,” jelasnya menerusi aplikasi WhatsApp.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibawa ke Masjid Saidina Hamzah untuk dimandi dan dikafankan.
Anaknya turut memaklumkan, urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di tanah perkuburan terdekat dan akan dilaksanakan secepat mungkin sebelum solat zohor.
Untuk rekod, Allahyarham merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada September 2016 lalu.
Arwah dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mulai bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
Arwah meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Foto/Sumber: Carian Google, Berita Harian Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Neelofa Tunjuk Balik Gambar ‘Wedding Of The Year’

Tarikh 27 Mac hari ini genap menandakan sudah dua tahun pengacara dan usahawan popular Neelofa Mohd Noor bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Pu Riz.
Mengabadikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, Neelofa, 34, memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang pernah digelar ‘Wedding of the Year 2021’ di laman Instagram miliknya.
Menulis kapsyen ringkas, “27.3.2021, may this love be blessed till jannah”, posting Neelofa itu menarik perhatian ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan netizen tidak ketinggalan memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenar, Haris Ismail.
“Happy anniversary Lofa,” tulis Elizad Sharifuddin.
“Happy anni Lofa,” titip Daiyan Trisha.
“Happy anniversary you two. Bercintalah sehingga syurga. Semoga sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah,” tulis peminat Neelofa.
“Dah macam dekat taman syurga, by the way happy anniversary,” komen netizen.
“Your dress is still iconic,” komen netizen yang cukup terpukau dengan gaun serba putih yang digayakan Neelofa pada majlis perkahwinannya itu.
Untuk info, Neelofa dan Pu Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI