Tanggal 14 Mac lalu merupakan tarikh bermakna buat pelakon, Shakilla Khoriri yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung, Ameena Sofia seberat 3.7kilogram secara pembedahan.
Dalam pada itu, Shakilla akui bahawa sedikit tertekan dengan tugasan sebagai seorang isteri dan ibu kerana mahukan yang sempurna buat keluarga tercinta.
Sekali gus, wanita berusia 30 tahun itu menegaskan para suami perlu membantu bagi meringankan beban si isteri.
“Stress tak kalau kau sebagai EMAK kena settlekan dari A sampai Z dalam rumah tangga. YES ! memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai ISTERI & EMAK tapi kau bukan robot.
“SUAMI …….mohon TERbaca caption ni.Sayangi lah ISTERI. Bantu. Kalau kau tak ada rasa sayang KESIAN lah.
“Kerja kau tak sepenat KERJA isteri besarkan anak dan settlekan rumah walaupun kau rasa rumah tu tak nampak bersiap sangat tapi percayalah kerja isteri kau tak ada REST. Tengok phone pun tak SEPUAS sebelum ada anak,” tulisnya.
Malah, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu turut menegaskan bahawa sebaiknya si suami perlu elakkan diri daripada gadjet dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak.
“Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan. Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata.
BANTU, kau bukan kawin dengan MAID.
Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah.
“TEPUK besar untuk suami yang sama2 bantu ringan beban kau. Buat kau rasa seorang ISTERI dan IBU yang dihargai.
Tag suami awak sikit. Lepas tu cium dahi satu kali,” akhiri Shakilla sambil disertakan tanda nama (tag) suaminya, Fizi.
Terdahulu, pasangan ini diijabkabulkan pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia sembilan bulan.
Foto : Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI