Pelakon dan pengacara, Riena Diana memohon pertolongan orang ramai untuk mengesan dua individu yang didakwa telah mencuri barangan berharga milik ibu saudaranya.
Menurut Riena, kejadian tersebut berlaku sewaktu ibu saudaranya itu sedang membeli belah di Times Square, Kuala Lumpur.
“Kau cari pasal dengan keluarga aku, itu bermakna kau cari pasal dengan aku.
“Kejadian ini berlaku di Times Square Bukit Bintang. Tolong bantu saya cari pasangan haram tak guna ni.
“Penyeluk saku yang curi duit dan gelang ibu saudara saya,” tulisnya.
Ads
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Salju Di Bumi Aukland itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Riena turut berkongi foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan wayah dipercayai merupakan pelaku.
Dalam pada itu, Riena turut menggesa si pelaku untuk menyerahkan barangan berharga tersebut dan laporan polis bakal ditarik semula.
Ads
“Siapa yang dapat, maklumkan kepada saya. Selain duit, ada gelang yang Auntie Riena sayang sangat pemberian dari orang. Saya
minta tolong semua kalau sesiapa yang kenal, tolong bagitahu.
“Jika anda (pelaku) membaca ini, tampil ke depan dan pulangkan barang itu. Kita tarik report. Minta jasa baik semua untuk share sampai dapat jumpa pelaku ni,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan semoga barangan tersebut dijumpai semula dan pelaku mendapat hukuman setimpal.
Ads
“Semoga dipermudahkan. Kenapalah singkat sangat fikiran.
“Gambar clear tu. Mesti tak senang duduk.
“Biar famous sebab malu. Cari kerja halal la.
“Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan berikan hukuman setimpal pada pelaku,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tujuannya adalah untuk bergambar bersama ‘raja sehari’ sebagai tanda kenangan, namun lain pula jadinya.
Itulah yang berlaku apabila netizen mulai meneka dan bertanya pada YB Syed Saddiq, yang berkongsi gambar bersama pelakon Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang meraikan majlis perkahwinan mereka, semalam.
Kisahnya, netizen ‘lebih gemar’ beri fokus pada bahagian gigi Syed yang dianggap mempunyai ‘sesuatu’.
Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal meluahkan rasa kesal dan kurang senang terhadap sikap segelintir pemandu lori di kawasan perumahannya yang didakwa melakukan provokasi.
Menurut pelakon berusia 30 tahun ini menambah, ada ketikanya kenderaan berat itu parkir sesuka hati selain memandu secara melulu.
“Pada jam tepat 9am, saya dan suami ingin pulang ke rumah, di depan perumahan kami ada satu kerja pembinaan sedang berlangsung.
“Ini bukan kali pertama mereka ini membawa lori secara berbahaya dan selalu provoke penduduk di sini, seperti parking sesuka hati, bawa lori secara melulu, dan DEGIL!
“Sebentar tadi, lori ini keluar dari tapak pembinaan dengan laju, dan menggesa kenderaan kami untuk undur.. dan mengancam untuk melanggar..mata pemandu merah, ini bukan kali pertama terjadi, dan bukan sahaja pada kami.. (untuk kami dah kali ketiga),” tulisnya.
Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin menjelaskan situasi yang berlaku juga disifatkan keterlaluan.
“Pernah juga mereka seperti melambat-lambatkan proses parking lori, dan menyebabkan kesesakan di satu satunya jalan untuk penghuni kediaman di sini pulan ke rumah.
“Bila ada yang kata mahu adukan pada polis mereka tidak takut, malahan terus mencabar ” Reportlah.. aku tak kisahterasa dibuli di tempat sendiri kepada tuan tapak projek sila pantau pekerja ini
“Kami sudah bertoleransi dengan pencemaran bunyi yang kalian buat, yelah, bertukang.. takkan nak senyap macam orang menjahit pula kan..tapi kalau sampai buli atas jalan raya.. yg juga satu satunya jalan nak balik rumah.
“Rasanya macam too much.. @pdrmsia_official
@mp_ampangjaya#tamanmelawati,” tulisnya lagi.
Penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli mendedahkan dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan single terbarunya yang berjudul Mimpi yang juga merupakan lagu tema bagi drama Bidadari Salju.
Jelas Haqiem, lagu tersebut dibuat dalam masa yang sangat singkat berikutan memenuhi kehendak pengarah dan juga penerbit Datuk A. Aida.
“Lagu tu verse saya buat dah lama cuma chorus part tu saya buat last minute. Semuanya saya buat sekali harung je. Ketika itu saya agak sibuk dengan komitment lain. Saya bukanlah rushing cuma Datuk Aida minta saya hantar demo segera.
“Saya suka bekerja seperti itu. Buat kerja dengan cepat. Saya buat chorus tu sangat cepat saya ambil gitar kemudian saya main dalam 20 minit macam tu. Saya gabungkan sekali verse dengan chorus last-last ‘ngam’ pula.
“Terus saya hantar demo tu. Datuk Aida pula suka kemudian dia olah sikit-sikit lirik tu. Kami kerja bersama-samalah senang cerita,” katanya.
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ke-33 (ABPBH) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui media selepas berakhrinya sesi rakaman program Melodi Xtra yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.
Mengakui berasa sangat gembira dengan penerimaan orang ramai mengenai lagu Mimpi, Haqiem menyifatkan impak lagu ini banyak didorong oleh kemantapan drama itu sendiri.
“Perkara ni tak pernah berlaku dalam hidup saya. Sebelum ni lagu saya pernah jadi lagu tema untuk drama cuma impaknya tak sehebat lagu ini. Kali ini lagu ini lebih viral.
“Dalam lirik video yang belom official pun dah dua juta orang tonton. Saya sendiri terkejut bila dengar,” jelasnya lagi.
Diminta untuk berkongsi serba sedikit mengenai muzik video berkenaan, Haqiem mendedahkan lagu ini berkisarkan mengenai dirinya sebagai seorang anak seni.
“Muzik video akan keluar malam ni pukul 8 malam. Dalam muzik video tu saya sebagai lelaki yang disakiti.
“Apa yang kisah saya sampaikan dalam muzik video tu, saya ni sebagai seorang seniman atau penyanyi diatas pentas. Lelaki ini menyampaikan luahan hati seorang seniman,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!