Drama bersiri Kau Cipta Kasih yang dibintangi Nazim Othman dan Uyaina Arshad sebagai pelakon utama kini sudah melabuhkan tirai, pada Selasa.
Lalu, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menitipkan ucapan terima kasih kepada semua penonton setia drama berkenaan.
Di samping itu, aktor berusia 37 tahun ini berharap semua para penonton akan mendapat mesej pengajaran yang telah disampaikan dalam drama rantaian ini
Pada masa sama, Nazim memberitahu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon untuk menjiwai watak secara baik dengan harapan dapat memberikan impak positif kepada penonton.
“Semoga kita semua dapat belajar daripada pengajaran yang disampaikan melalui naskhah ini.
“Kami berlakon pun dengan harapan dapat berkongsi rasa melalui cerita, bukan untuk keluar tv secara suka-suka.
“Cuba share sikit apa yang awak dapat lepas menonton drama #KauCiptaKasih ? Nak tau jugak.
“Terima kasih atas sokongan kalian. Afiq and Dija signing off..~Take care,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sekadar informasi, Nazim telah memegang watak seorang jejaka bernama Afiq yang juga merupakan seorang anak tunggal dan telah dibesarkan dalam sebuah keluarga serba kemewahan.
Selepas hubungan percintaan Afiq bersama bekas kekasihnya Nelly berakhir, Afiq secara tidak sengaja telah jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah lakonan Uyaina Arshad.
Selain Nazim dan Uyaina, drama ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Norlia Ghani, Sherie Merlis, Fify Azmi, Nafiz Muaz dan ramai lagi.
Kau Cipta Kasih arahan oleh Nazir Jamaluddin ini telah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 Malam di slot Samarinda, TV3 bermula 13 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI