Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka berkaitan isu rogol ketika di dalam kelas.

Pendedahan tersebut nyata menimbulkan kemarahan warga maya yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan guru berkenaan.

Antara yang turut meluahkan rasa kecewa terharap perbuatan terkutuk itu termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.

Jelas Michael, jenaka mengenai rogol serta gangguan seksual bukanlah sesuatu yang boleh dianggap lucu walau diperingkat umur mana sekali pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Salam semua. Whichever TEACHER yang ajar kelas budak ni and buat joke tu, I have one thing nak cakap kat Teacher tu! “Kau dah kenapa gila. Kau graduate dari jamban mana?”.

Ads

“Anyway bawah 18 atau atas 18 ke RAPE n SEXUAL HARASSMENT SHOULD NOT AND NEVER SHOULD HAPPEN TO ANYONE GIRL ATAUPUN BOY! Kalau dah sangap naw naw DIY aje atau tengok aje PORN! Apoooooo!

“Luv you all and stay safe! Btw please ban the teacher to ever teach again!,” tulisnya.

Nada kecewa tersebut disuarakan oleh Michael menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Ads

“Kau Dah Kenapa Gila, Graduate Dari Jamban Mana?,” – Guru Didakwa Buat Jenaka Isu Rogol, Michael Ang Rasa Berang! “Kau Dah Kenapa Gila, Graduate Dari Jamban Mana?,” – Guru Didakwa Buat Jenaka Isu Rogol, Michael Ang Rasa Berang! “Kau Dah Kenapa Gila, Graduate Dari Jamban Mana?,” – Guru Didakwa Buat Jenaka Isu Rogol, Michael Ang Rasa Berang!

Malah, dia juga berharap agar guru tersebut akan dikenakan hukuman yang setimpal diatas perbuatannya itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut berharap agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Ads

“Bagus budak ni berani bersuara. Mohon amik tindakan kat cikgu terbabit,” komen seorang pengguna Instagram.

“Mohon report cikgu tu. Takde adab. This kinda sexual harrasment to students,” tulis individu lain pula.

“That teacher patut kene gantung kerja. Stupid teacher. Omg,” ujar seorang individu.

Sumber: Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI