“Kau Dari Soundcloud Weh, Jangan Lupa,”- Tersenarai Di Sportify Sebaris Tok Ti & The Weeknd, Naim Daniel Terharu

Share

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa terharu selepas mengetahui namanya tersenarai di dalam carta lima artis tempatan paling popular di platform penstreaman, Sportify hasil pilihan pendengar.

Menurut Naim, dia berasa sangat bersyukur kerana dapat duduk sebaris dengan para artis ‘A-List’ negara meskipun satu ketika dahulu kerjaya nyanyiannya hanya bermula di aplikasi Soundcloud.

 “Naim, kau dari Soundcloud weh. Jangan lupa. To be alongside with bunch of the A – Listers musicians in Malaysia as one of the Top 5, and to share the same spot as @theweeknd , indeed, god is great.

“Akhirnya nanti, hasil kerja kau yang akan bercakap untuk kau dan yang akan menjadi legasi.

“Terima kasih kepada para pendengar sekalian,” katanya.

Menerusi entri yang dimuat naik di ruangan Instagram, nama Naim berada di tangga ke lima di belakang YonnyBoii, Faizal Tahir dan K-Clique.

Manakala, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap unggul di posisi teratas.

Jelas pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 ini lagi, segala usaha dan penat lelahnya selama ini sudah mula membuahkan hasil dan dia sebolehnya mahu karyanya dikenang sampai bila-bila.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitip ucapan tahniah selain turut menyifatkan dia sememangnya layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

Terdahulu, pelakon, Drama Lelaki Lingkungan Cinta itu telah pun melancarkan single terbarunya yang berjudul Purnama.

Baru empat hari ia dimuat naik, muzik video lagu berkenaan telah pun meraih hampir 1,000,000 tontonan di laman Youtube.

Sumber: Instagram Naim Daniel

 

 

 

 

 

 

Published by
Aizam Manaf