Pelakon, Didi Astillah mempersoalkan tindakan pelakon wanita, Ruhainies yang mahu berbaik dengan kakaknya, Bella Astillah selepas kemelut bersama Aliff Aziz masih berpanjangan sehingga hari ini.
Menurut Didi, Ruhainies sepatutnya berbincang dengan Bella ketika kejadian tangkap khalwat baru berlaku dan bukannya ketika isu sudah menjadi semakin besar.
“Selama ni saya diam je tau tapi adik beradik belah sana duduk back up dia siap buat kenyataan palsu tangkapan khalwat.
“Tapi bila nampak si manipulator ni buat interview, niatnya nak minta maaflah berdamailah terus ringan jari ni nak menaip.
“Kaklong saya tu tengah sibuk kerja kat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat?,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini juga akui masih berang dengn perbuatan Ruhainies terhadap kakaknya selama ini.
“Dah lah kau fitnah sini sana. Cakap Bella yang perangkap khalwat dan memburukkan kak long di set (Bella ada bukti ya)
“Cakap team Bella pergi email brand-brand untuk jangan ambil Ruhainies.
Cakap Bella ni Babi (biadab ek). Plan cara nak menjatuhkan Bella sedangkan kes khalwat tu salah sendiri.
“Paksa Aliff untuk malukan Bella lagi sampai sanggup buat akaun palsu dan pakai cybertroopers untuk kecam Bella (jahat nauzubillah macam sinetron),” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Didi juga percaya yang kebenaran pasti akan terbongkar juga satu hari nanti.
“Diorang ni lupa tau hujung-hujung, kebenaran tu akan berpihak pada orang baik. Tiba-tiba je sekarang buat muka sedih konon nak berdamai hanya selepas viral perbualan dia ‘ber LU dan LUSM’ tu.
“Korang tolong la mention dia okay sebab tak boleh mention dia. Padahal saya tak pernah eh kacau dia. Dia yang kacau rumah tangga kak long saya.
“Lu jaga Dragon. Lu masuk tempat wa, wa bom lu tau,” akhirinya.
Terdahulu, Bella telah membuat kemunculan di program Melodi dan menyatakan kesediaannya untuk berdamai dan memohon maaf kepada Bella.
Kemelut rumah tangga diantara Bella dan Aliff kini masih berpanjangan susulan beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Atillah.