Pengacara dan pelakon versatil, Janna Nick ada berkongsikan pandangannya mengenai realiti pengguna media sosial masa kini.

Menurut Janna, media sosial ada kalanya membuatkan kita untuk tidak mempunyai rasa syukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

Malah, pelakon tersebut turut menganggap platfro tersebut sebagai toksik.

“Kau Ingat Semua Yang Tayang Tu Betul-Betul Bahagia?,” – Sifatkan Sosial Media Toksik, Janna Nick Pesan Hargai Kehidupan Sendiri

“Sosial media ni yang toxic sebenarnya.
Kau scroll-scroll IG, dok tengok kehidupan orang. Lepas tu insecure sendiri.

Ads

“Mula la bandingkan life kau dengan life orang tu. Mula la bandingkan kejayaan orang tu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk! Mula la hilang rasa bersyukur kau tu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Melodi itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan kebanyakkan perkongsian di media sosial hanyalah untuk mengaburi mata sesetengah pihak dan bukanlah realiti kehidupan sebenar.

Ads

“Apa kau ingat semua yang orang tunjuk
semua yang orang tayang tu betul-betul bahagia? Betul-betul kaya? Betul-betul berjaya? Ni semua permainan dunia.

“Bukan nak kata semua tu dusta semata tapi siapa yang nak upload cerita duka?
Siapa yang nak kongsi kisah luka.

“Dah…Dah! Jangan fikir negative. Jangan rasa diri kau tu kecik. Bersyukur je dengan apa yang kau dah ada!,” luahnya lagi.

Ads

Sementara itu, Janna turut menyeru kepada semua pihak agar lebih mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.

“Kau Ingat Semua Yang Tayang Tu Betul-Betul Bahagia?,” – Sifatkan Sosial Media Toksik, Janna Nick Pesan Hargai Kehidupan Sendiri “Kau Ingat Semua Yang Tayang Tu Betul-Betul Bahagia?,” – Sifatkan Sosial Media Toksik, Janna Nick Pesan Hargai Kehidupan Sendiri

Sumber: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI